Saturday, December 13, 2008

Kemarahan Pemerintah



Dewasa ini, banyak perkara yang menyebabkan kita hilang kawalan atau marah kerana pelbagai sebab yang dikategorikan kecil mahupun besar. Ada yang marah bab kewangan, rumahtangga, pemilihan parti, pengundi dan pelbagai sebab lagi.Apabila kita marah kita akan merasakan suatu kepuasan kepada mangsa yang kena marah. Berdasarkan kaedah agama marah merupakan sifat yang sangat tercela.Allah s.w.t berfirman:

“Perhatikanlah ketika Allah menimbulkan dalam hati orang-orang yang tidak beriman kepadaNya itu, perasaan sombong; iaitu sifat sombong zaman jahiliah, lalu Allah menurunkan pula ketenananganNya ke atasa RasulNya dan ke atas kaum Mu’minin.” (al-Fath: 26)

Ayat ini telah mencela kaum Musyrikin atau orang-orang yang tidak beriman dengan Allah Ta’ala, disebabkan mereka telah melahirkan perasaan sombong yang timbul dari sebab marah terhadap yang hak dan membela yang batil. Begitu pula ia telah memuji juga kaum Mu’minin, atau orang-orang yang beriman dengan Allah s.w.t., disebabkan sikap mereka yang menerima yang hak, lalu diturunkan ke atas mereka perasaan tenang.

Diriwayatkan ada seorang telah mendatangi Rasulullah s.a.w. sambil memohon supaya baginda mewasiatkan sesuatu wasiat yang pendek dan sedikit saja. Maka baginda bersabda kepadanya: Jangan marah! Diulangi permintaannya lagi maka bagina sekali lagi: Jangan marah!

Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat: Apakah yang kamu dapat fahamkan tentang maksud bergelut? Kata para sahabat: Penggusti yang tidak dapat ditumbangkan dalam pergelutannya.

Sabda baginda; Bukan itu yang aku maksudkan. Tetapi orang yang bergelut itu ialah orang yang dapat menahan dirinya, ketika dalam kemuncak kemarahannya.

Berkata Ja’far r.a.: Kemarahan itu kunci segala kecelakaan.

Setengah para sahabat berkata; Pokok dan pangkal sifat bodoh itu, ialah degil dan pemimpinnya ialah marah.

Barangsiapa yang meredhakan dirinya dengan kejahilan, tidaklah perlu lagi baginya sifat toleransi. Toleransi adalah sifat yang baik dan banyak mendatangkan manfaat. Sedangkan kejahilan pula adalah sifat yang buruk dan mendatangkan banyak mudarat. Berdiam diri atau tidak melayani pertanyaan seorang yang bodoh adalah jawabnya. Maka sama-samalah kita menghindari sifat yang tercela itu.

Friday, December 12, 2008

Kesan Globalisasi

Mutakhir ini banyak diberitakan dalam media cetak mahupun elektronik berkenaan syarikat ataupun kilang-kilang membuang pekerjanya. Terbaru kilang memproses nanas membuang pekerjanya yang berlaku di negeri yang paling ramai menteri iaitu Johor. Ini menunjukkan bahawa kesan kemelesetan ekonomi dunia mulai tempias ke negara kita
Fenomena ‘kemelesetan ekonomi’ bukanlah perkara asing atau klasik bagi kita semua, ianya telah banyak kali diperkatakan dan dibincangkan baik di parlimen dan seminar-seminar, mahupun di kedai gunting rambut..kadang-kadang pemandu teksi pun turut membincangkan perkara yang sama. Pelbagai pendapat telah diutarakan tapi semuanya sekadar pendapat sahaja. Sedangkan aku yang pernah belajar bertahun-tahun subjek ekonomi pun masih terhegeh-hegeh nak memahami ekonomi hinggakan ekonomi aku sendiri pun turut meleset.Walau bagaimanapun sebagai warganegara yang baik, kita hendaklah membantu pihak kerajaan untuk sama-sama mengatasi permasalahan ekonomi negara setakat yang termampu. Mudahan manfaatnya akan dapat dinikmati bersama.

Wednesday, December 10, 2008

Ujian Akhir Tahun


Belum reda kes tanah runtuh di Ulu Yam.. terjadi pula kes yang sama di Jalan Semantan, Damansara. Ketika saya sendiri belum sempat membaca lebih lanjut mengenai kes di Jalan Semantan, kita semua dikejutkan semula dengan tragedi yang lebih ngeri yang berlaku awal pagi Sabtu di Taman Bukit Utama dan Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa Ampang/Ulu Kelang.
Sebelum saya meneruskan lagi posting ni, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada semua mangsa yang terlibat, terutamanya yang melibatkan kehilangan nyawa kepada ahli keluarga mereka.
Memang tidak dinafikan kes-kes yang berlaku ini semuanya dikaitkan dengan kejadian hujan lebat yang berterusan akhir-akhir ini tetapi tragedi buruk di Bukit Antarabangsa ini bukanlah kali pertama dan setiap kali apabila berlaku ianya pasti melibatkan kehilangan nyawa. Sehingga saya menulis posting ini, dilaporkan kehilangan nyawa adalah seramai 4 orang dan berpuluh orang telah tercedera dan dihantar untuk mendapatkan rawatan termasuklah seorang ibu yang mengandung 9 bulan serta warga emas.
Dan ketika ini jugalah kenyataan-kenyataan popular yang tidak asing lagi dikeluarkan oleh mereka yang berkenaan serta pihak-pihak berkuasa.. Ini termasuklah.. “akan menghentikan pembangunan”, tidak meluluskan permohonan pembangunan baru”, “mengkaji struktur kekuatan tanah” dan pelbagai lagi yang saya fikir akan hilang begitu sahaja apabila keadaan kembali reda. Dengan kerosakan kerugian yang tidak ditanggung pihak insurans, pastinya ia akan menambah lagi beban kepada mereka yang terlibat. Setiap kejadian yang tuhan jadikan mestilah ada sebabnya di atas perbuatan tangan-tangan manusia yang rakus dan tidak bertanggung-jawab.

Sunday, December 7, 2008

Penamatan Ekspedisi


Setelah enam hari berekspedisi di kota raya maka tibalah masa untuk pulang semula ke kampung halaman. Percutian ini amat mengembirakan kami sekeluarga. Segala pujian buat Allah s.w.t.

Ronda Kota Raya 3


-Mandi kolam tidak ada kompromi sama sekali
-Petrosains untuk menimbulkan minat sains dikalangan generasi awal
-Kehebatan projek kejuruteraan KLCC

Ronda Kota Raya 2


-Mandi kolam
-Shopping di SOGO
-Shah Alam untuk Majlis Graduation UITM

Ronda Kota Raya 1



-Ronda kota raya berlabuh di Ampang
-Tak sangka dapat pekena nasi lemak terengganu
-Bersama seniman Bujang Lapok