Thursday, April 2, 2009

PM Malaysia


Hari ini sejarah negara tercipta lagi. Dato' Seri Najib Tun Razak secara rasminya telah diperkenankan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Maka lengkaplah teori "RAHMAN" dalam sejarah kepemimpinan negara. Dato Seri Najib sememangnya merupakan seorang yang hebat dan bertuah, dilahirkan dalam keluarga bangsawan dan pernah menjadi ahli parlimen dan Menteri Besar termuda dalam pentadbiran negara. Beliau telah dicalonkan untuk menjadi PM oleh mantan PM Dato Seri Abdullah Badawi. Dalam sejarah pentadbiran Dato Seri Najib didapati beliau banyak memberi kebajikan kepada golongan rakyat contohnya semasa menjadi Menteri Pendidikan, beliau telah menaik tarafkan sijil perguruan kepada taraf diploma. Begitu juga semasa menjadi Menteri Pertahanan banyak nikmat yang diperolehi oleh golongan tentera. Namun harapnya agar semasa menjadi PM ke 6 beliau akan dapat meningkatkan lagi taraf hidup rakyat seluruhnya. Mudah-mudahan Malaysia akan menjadi aman, makmur dan gemilang dibawah pemerintahan Dato Seri Najib Tun Razak. Syabas Dato' Ser!

Wednesday, April 1, 2009

Saat-Saat Akhir

Hari ini adalah hari terakhir untuk minggu ini belajar di IPK UM. Minggu depan pula minggu akhir. Assigment masih ada 4 lagi yang belum disiapkan, semua assigment kumpulan. Lepas itu pula "study week" diikuti exam dan bermulalah era semester khas. Masa itu mungkin akan sukar untuk bertemu kawan-kawan lagi sebab membawa haluan masing-masing untuk menyiapkan kertas projek. Walaupun pembelajaran agak "menyesakkan" tetapi banyak kenangan manis yang diperolehi daripada pembelajaran yang "menyesakkan" itu.Mudah-mudahan aku dan kawan-kawan dapat harungi saat-saat akhir pembelajaran ini dengan baik.

Tuesday, March 31, 2009

Selamat Mengundi

Musim pilihanraya ini begitu "kalutkan" negara Malaysia. Negara tidak dapat ditadbir dengan baik kerana seluruh orang penting negara terlibat dengan aktiviti mengempen. Maka sudah tentulah urusan pembangunan negara sedikit sebanyak akan terganggu.Buat semua pengundi Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, pilihlah calon yang baik moralnya dan dapat berkhidmat dengan baik untuk rakyat dan negara. Selamat Mengundi!

Wednesday, March 25, 2009

kelebihan ber madu

FIRMAN DAN HADIS

Anda tentu sedia maklum ALLAH S.W.T telah memberi kelebihan kepada lebah dengan kekuasaannya mengeluarkan madu asli dari perutnya memberi manfaat dan berkhasiat kepada setiap manusia menggunakannya.
Firman ALLAH di dalam AL-QURAN. Surah AN-Nahl ayat 68-69 yang bermaksud:- Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah "Hendaklah engkau membuat sarang di gunung-ganang, di pokok-pokok kayu dan juga bangunan-bangunan yang di dirikan oleh manusia. Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau suka, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu. Dengan itu akan keluar minuman (madu) yang berlainan warna dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada (yang demikian itu ada tanda kemurahan ALLAH) bagi orang-orang yang mahu berfikir"
DARI HADIS NABI S.A.W, RIWAYAT MUSLIM
Daripada Abu Said Al'Kudri r.a katanya, Seorang lelaki telah datang kepada RASULLULAH S.A.W lalu ia berkata. "Saudaraku sakit perut sehingga dia buang-buang air". Sabda RASULLULAH S.A.W, "Minumlah madu kepadanya" Lalu diminumkan madu kepadanya. Kemudian dia datang balik kepada RASULLULAH S.A.W, "Telah ku minumkan madu kepadanya tetapi sakitnya bertambah". RASULLULAH S.A.W pula menyuruhnya meminumkan madu supaya berulang tiga kali. Dia datang lagi untuk kali keempat. Nabi S.A.W terus menyuruhnya supaya meminum madu. Kata orang itu, "Aku telah menyuruhnya meminumnya Ya RASULLULLAH, namun sakitnya bertambah juga. Sabda RASULLULLAH S.A.W, "ALLAH MAHA BESAR, perut saudaramu itulah yang dusta. Lalu diminumnya juga madu, maka sembuhlah saudaranya.

Monday, March 23, 2009

Minggu-Minggu Terakhir

23 Mac 2009 maka sudah tibalah masanya untuk program pensarjanaan kepengetuaan sudah berada pada fasa yang terakhir. Ketika ini hari dan minggu azab sudah berakhir cuma semester azab sahaja yang belum berakhir. Assigment sudah mula berkurangan tetapi bahang kertas projek cukup terasa.Rakan-rakan masih menunjukkan momentum yang tinggi sehingga makan dan minum masih lagi belum ada dalam agenda masing-masing. Namun usaha berdasarkan kehendak seseorang, ada yang bersungguh, ada yang santai dan sebagainya. Sesungguhnya ianya akan menjadi kenangan manis pada suatu ketika yang akan datang.

Saturday, February 21, 2009

Larian Jambatan Bandaraya Kuala Terengganu


Date: 21 Mac 2009 | 7.30am
Venue: Taman Awan Batu Burok, Kuala Terengganu
Distance: 21km and 11km
Fee: RM10.00 and RM5 for student

JARAK
(/)
A LELAKI TERBUKA
21.1 KM
B WANITA TERBUKA
21.1. KM
C LELAKI TERTUTUP
(Terengganu Tertutup)
21.1 KM
D WANITA TERTUTUP
(Terengganu Tertutup)
21.1 KM
E LELAKI VETERAN
(40 tahun ke atas)
21.1 KM
F WANITA VETERAN
(40 Tahun ke atas)
21.1 KM
G LELAKI 18 TAHUN KE BAWAH
11 KM
H WANITA 18 TAHUN KEBAWAH
11 KM
I
LELAKI 13 TAHUN KE BAWAH
11 KM
J
WANITA 13 TAHUN KE BAWAH
11 KM
HADIAH
BAGI KATEGORI A hingga B : Johan
RM 2,000.00 dan medal
Naib Johan
RM 1,500.00 dan medal
Ketiga
RM 1,000.00 dan medal
Keempat
RM 750.00 dan medal
Kelima
RM 500.00 dan medal
Ke 6 – ke 10
Hamper dan Medal
BAGI KATEGORI C hingga F : Johan
RM 1,000.00 dan medal
Naib Johan
RM 750.00 dan medal
Ketiga
RM 500.00 dan medal
Keempat
RM 400.00 dan medal
Kelima
RM 300.00 dan medal
Ke 6 – 10
RM 100.00 dan medal
Ke 11 – 20
Hamper dan medal
BAGI KATEGORI G hingga H
Johan
RM 300.00 dan medal
Naib Johan
RM 200.00 dan medal
Ketiga
RM 100.00 dan medal
Keempat
RM
70.00 dan medal
Kelima
RM
50.00 dan medal
Ke 6 – 10
Hamper dan medal
SEBARANG PERTANYAAN :
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu,
Jabatan Kemasyarakatan,
Aras 3, Plaza MBKT Tanjung
,
Atau
Jalan Sultan Zainal Abidin,
20000 Kuala Terengganu
Tel : 09- 6301442 / 6301445
Fax : 09- 6317
Borang juga boleh didapati di Kelab Gimnasium Rakyat Perkasa Kuala Terengganu

Sunday, February 8, 2009

Raja Lompat

Seluruh negara dikejutkan dengan isu lompat melompat parti. Ada yang mengelarkannya raja katak, anak katak dan cucu katak. Sesungguhnya isu ini begitu meloyakan dalam keadaan negara sedang bergelut dengan isu kegawatan ekonomi dunia. Apa itu katak?
Katak ialah sejenis haiwan amfibia dalam susunan Anura (bermaksud "tidak berekor", dari bahasa Greek: an-, tanpa + oura, ekor), dahulunya digelar Salientia (bahasa Latin saltare, "melompat"). Katak dewasa bercirikan kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata jongang dan ketiadaan ekor. Kebanyakan katak menjalani hidup mata jongang, tetapi juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat. Katak biasanya bertelur di lopak, kolam atau tasik; dan larvanya, iaitu berudu, berinsang dan bertumbuh dalam air. Katak dewasa merupakan haiwan maging yang gemar memakan haiwan artropod (terutamanya serangga), annelid dan gastropod. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam, terutamanya ketika musim mengawan.
Katak boleh didapati dari kawasan tropika ke subartik, tetapi kebanyakan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika. Katak merupakan antara kumpulan vertebrata yang paling banyak kepelbagaian, merangkumi lebih 5,000 spesis yang dikenali. Namun begitu, populasi spesis katak tertentu kian merosot.
Katak dan kodok sering dibezakan berdasarkan wajahnya yang disebabkan penyesuaian yang tertumpu kepada persekitaran kering di kalangan haiwan yang bergelar kodok; bagaimanapun, pembezaan ini tiada dasar taksonominya. Satu-satunya famili yang diberi nama am "kodok" secara eksklusif ialah Bufonidae, tetapi banyak spesis dari famili lain turut dipanggil "kodok," dan spesis di bawah genus kodok Atelopus digelar "katak badut"