Wednesday, March 24, 2010

Makanan haram, adakah perlu paksa dihalalkan?

Jika kopitiam tiada sijil halal, kenapa perlu paksa?

MENGAPA kita perlu risau sekiranya pengusaha kopitiam tidak ingin memohon sijil halal Jakim.

Bagi saya itu adalah hak mereka sama ada untuk memohon atau tidak. Mereka mungkin tidak menyasarkan atau mengharapkan pelanggan Islam, buat apa kita beria-ia nak ke sana?

Mungkin juga mereka menyediakan makanan tidak halal. Jadi apa perlunya bagi mereka mendapatkan sijil halal? Seperti mana kedai makanan Cina adakah kita perlu memaksa mereka untuk mendapatkan sijil halal?

Tidak perlulah bagi umat Islam pergi menjamu selera di situ. Adalah amat memalukan jika kita mendesak mereka mendapatkan sijil halal.

Adakah ia satu keperluan yang mendesak untuk kita ke kopitiam? Banyak lagi kedai makanan Islam yang ada yang kita tak perlu risau dan ragu.

Atau adakah dengan tidak dapat ke kopitiam kita akan mati kelaparan? Masalah kopitiam ini adalah masalah orang Melayu elit.

Dalam keghairahan kita memberi sijil halal kepada pengusaha makanan bukan Islam secara tidak langsung, kita telah memberi saingan kepada pengusaha Islam untuk berniaga.

Adakah tidak cukup makanan keluaran orang Islam di pasaran sehinggakan kita terpaksa memaksa pengeluar bukan Islam membuat dan menyediakan makanan untuk kita dan memaksa mereka untuk mendapatkan sijil halal?

Adakah orang Islam tidak mampu menyediakan makanan untuk orang Islam sendiri?

Jakim juga tidak perlu berlembut dan tunduk kepada desakan pengusaha-pengusaha kopitiam ini yang mengatakan syarat Jakim terlalu ketat.

Sekiranya susah untuk memohon mereka tidaklah perlu memohon dan orang Islam tak perlulah makan minum di situ.Juga janganlah pamerkan sijil halal palsu

Wednesday, March 17, 2010

Warna -Warni Sambutan Maulidur Rasul


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1431H/2010 yang bertemakan 'Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah' disambut meriah dengan penyertaan 106 kontinjen perarakan melibatkan 6,979 orang peserta.
Uniknya pada tahun ini, selepas perarakan berlangsung bermula di Istana Kehakiman hingga ke Dataran Putra, majlis diteruskan di Masjid Putra sebagai simbolik bagi mengingati perjuangan Nabi Muhammad SAW menyampaikan risalah kepada umat Islam
SMKADG juga turut mengadakan sambutan maulidur Rasul pada 11 Mac 2010. Perarakan Maulidur rasul kali ini dimeriahkan lagi dengan pertandingan sepanduk dan perarakan terbaik. Hampir 1000 orang pelajar terlibat dalam perarakan ini. Pelajar dibahagikan mengikut unit beruniform masing-masing. Majlis yang sepatutnya bermula pada jam 8.00 pagi terpaksa ditunda jam 9.00 pagi kerana hujan lebat pada permulaannya. Perarakan memakan masa lebih kurang satu jam. Selepas majlis perarakan diadakan, majlis ceramah Maulidur Rasul di surau sekolah pula diadakan. Seterusnya pada peringkat akhir diumumkan johan pertandingan kontigen terbaik dan sepanduk terbaik dalam acara perarakan Maulidur Rasul berkenaan.


Sebelum Perarakan


Persiapan Akhir Setiap Kontigen


Perarakan Bermula.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL!

Wednesday, March 10, 2010

Majlis Temu Murni 2010


Kedatangan para pelajar bersama ibu bapa

SNKADG telah mengadakan majlis temu murni dengan ibu dan bapa pelajar pada 10 Mac 2010. Majlis ini bermatlamat mahu merapatkan lagi hubungan para guru dan ibu bapa pelajar.Para ibu dan bapa pelajar diberi penerangan tentang pencapaian TOV dan ETR pelajar. Disamping itu juga diberi penerangan tentang 27 program berkala yang akan dilaksanakan oleh warga kerja PMR SMKADG tidak termasuk kelas-kelas tambahan. Nampaknya para ibu dan bapa pelajar berpuas hati dengan program yang diterangkan kepada mereka dan prestasi anak-anak mereka. Selepas program Temu Murni berakhir maka dilaksanakan pula program Rakan Dinamik. Program Rakan Dinamik ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar yang cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran menjadi "guru muda" bagi membantu pelajar-pelajar lain dalam pelajaran. Para pelajar yang terlibat dalam program ini adalah daripada kalangan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan TOV PMR, SPM, dan STPM.



JH sedang memberi penerangan kepada salah seorang bapa pelajar



Pelajar yang terpilih sebagai "guru muda" dalam program Rakan Dinamik



Ikrar para pelajar PMR

Saturday, March 6, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Kelab Gimnasium Rakyat


Kain cindai bawa berjalan
Buat mengibas nyamuk dan agas
Rajin dan tabah dalam bersukan
Minda cerdas jasmani cergas

Mesyuarat jawatankuasa telah diadakan pada 5 Mac dan berakhir dalam keadaan baik walaupun terdapat beberapa isu hangat (pemecatan setiausaha).
Tahun 2009 kelab telah mengadakan beberapa program :
1-Hari cakna Gym perkasa Kuala Terengganu
2-Program lawatan Mr. Malaysia di Johor Baharu
3-Program jelajah cergas
4-Majlis hari raya
5-Armsport cabaran Giant 2009
Mesyuarat bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 6.15 petang. Mudah-mudahan kelab akan berkembang maju seiring dengan slogan "Majulah sukan untuk negara"


Sebahagian AJK yang berdedikasi


Naib Pengerusi menyampaikan Visi Jabatan Belia Negeri Terengganu kepada ahli jawatankuasa


Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu turut hadir

Sayang Terengganu sungainya jernih
Tempat laluan sampan dan kolek
Segar jasmani jiwa bersih
Aktiviti sukan amalan yang baik

Thursday, February 25, 2010

SMKA DG Juara Lagi!


Pelajar-pelajar cemerlang


Tanggal 25 Februari 2010, sebaik sahaja keputusan STPM diumumkan maka terbuktilah SMKADG menjadi juara lagi. Merangkul sekolah terbaik STPM peringkat Negeri Terengganu manakala jatuh nombor 6 peringkat kebangsaan. Purata gred yang diperolehi pelajar adalah 3.5, syabas diucapkan kepada para pelajar dan tak lupa pada kumpulan guru STPM yang berjaya lagi menaikkan nama sekolah. Sebaik sahaja kaunter penyerahan slip dibuka, maka ianya telah diserbu oleh para pelajar dan juga para wartawan. Turut hadir pemberita akhbar Sinar,Astro Awani,Kosmo dan RTM. Peristiwa yang paling mengembirakan juga iaitu kunjungan dari Tuan Pengarah Pelajaran Terengganu (bekas bos semasa di SMK Cheneh Baru)ke sekolah untuk mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang cemerlang dan ucapan tahniah buat para guru SMKADG. Syabas "SMKADG Gemilang Tahun 2010".


Temubual dengan pelajar cemerlang


Temubual resepi kejayaan


Bersama Tuan Pengarah Pelajaran (Ariffin Embong)

Saturday, February 20, 2010

Keajaiban Ciptaan Allah S.W.T



"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery ' pasti
kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu ' lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur ' an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur ' an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur ' an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."


Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.









Namun pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t.Subhanallah!!

Dipetik dari blog Fadhilah Mohd Jainal

Tuesday, February 16, 2010

Senarai Syurga Dunia


Berikut merupakan mereka yang mendapat syurga dunia seperti yang telah disenaraikan oleh Majalah Malaysian Business. Wow! apakah perasaan mereka apabila mendapat title antara orang terkaya dalam negara?

Berikut adalah 14 daripada 40 orang terkaya di Malaysia menurut Malaysian Business.

1) Tan Sri Robert Kuok (Raja Gula) - RM42.76 bilion
2) Ananda Krishnan (Mexis) - RM27 bilion
3) Tan Sri Lee Shin Chen ( IOI) - RM11.92 bilion
4) Tan Sri Lim Kok Thay (Genting) - RM10.38 bilion
5) Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong) - RM7.09 bilion
6) Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (Yayasan Albukhary) - RM6.01 bilion
7) Puan Sri Lee Kim Hua (Genting)
8) Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau)
9) Tan Sri Vincent Tan (Berjaya)
10) Lee Swee Eng (KNM Group)
11) Datuk Shahril Shamsuddin (Sapura)
12) Shahriman Shamsuddin (Sapura)
13) Datuk Seri Nazir Razak (CIMB)
14) Ong Leong Huat (OSK)