Saturday, November 19, 2011

Persaraan Pengetua SMKA Durian Guling

10 Nov 2011, JH ke SMKA Durian Guling untuk meraikan persaraan bekas bos iaitu Tn. Hj. Mustafa bin Embong. JH berkesempatan bekerja dengan Hj Mustafa selepas tamat pengajian sarjana sepenuh masa, iaitu apabila dipostingkan ke SMKA Durian Guling semula. Sebelum itu Allahyarham ustaz Chik bin Mamat(mantan pengetua SMKA DG) yang menyokong penuh JH melanjutkan pengajian.

Pengetua DG diarak dengan kereta kuda berhias

Suasana sambutan begitu meriah sekali. Nampaknya warga SMKA DG begitu menyayangi bosnya yang akan menamatkan perkhidmatan tidak lama lagi.


Peserta Silat dan Tae Kwan do sedang membuat persembahan kepada tetamu

Pengetua DG juga mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang datang kerana masih mengigatinya termasuk staf-staf yang telah bertukar ke sekolah lain.


Pengetua diarak masuk ke dewan

JH juga rasa gembira ke SMKA DG kerana dapat bertemu dengan rakan-rakan yang telah lama tidak bersua muka. Sesungguhnya SMKA DG tetap dikenang dan disayangi. Mudah-mudahan SMKA DG terus gemilang di bawah kepemimpinan baru nanti.

Friday, April 1, 2011

JUARA KUALA TERENGGANU SELATAN


Kontijen olahraga SMK Sultan Sulaiman (SS) muncul juara kali ke 12 berturut-turut. Kejohanan Olahraga MSSD KT yang disertai 18 buah sekolah menengah, baru-baru ini. SS mengutip 46 pingat emas, 14 perak dan 20 gangsa. Tambah membanggakan atlet perempuan sekolah (Layalia Ramli) dianugerah Olahragawati Kejohanan. Layalia turut memenangi atlet terbaik kategori perempuan Bawah 15 tahun. Gelaran atlet Terbaik Kategori Lelaki Bawah 15 juga dimenangi pelajar SS (Muhd Asri Nizam).Di samping itu, SS diceriakan lagi dengan kejayaan Nor Faezah dianugerahkan Atlet Terbaik Kategori Perempuan Bawah 18 Tahun. manakala Mohd Sahar mengungguli Atlet Terbaik Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun. Nampaknya SS terus tersohor dari dulu, kini dan selamanya. Tahniah atlet-atlet SS.

Thursday, March 10, 2011

Lawatan Berstruktur Ke Kedah dan Penang


Langkah Bermula

Pihak pengurusan SMK Sultan Sulaiman (SS) telah membuat suatu lawatan penandaarasan ke negeri Kedah (Sultanah Asma)pada 3 Mac 2011.Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Visi sekolah ini "Melestarikan keunggulan SMK Sultanah Asma ke taraf dunia". Lawatan kami disambut dengan penuh mesra oleh barisan Penolong Kanan serta guru-guru yang berkaitan. Kami diberi penerangan tentang pelbagai aspek pengurusan di Sultanah Asma. Di Kedah Kami menginap di BTPN Kedah. Pada malamnya aktiviti bebas.


Sultanah Asma


Penyampaian cenderamata kenangan


BTPN Kedah

Keesokan harinya 4 Mac 2011, rombongan kami telah menaiki van untuk ke Penang (SMK(P) ST. George. Rombongan kami disambut oleh Puan Pengetua bersama barisan Penolong Kanan ST. George. Visi sekolah ini ialah "SMK(P) ST George akan menjadi antara sekolah terbilang di ASEAN pada tahun 2012".Bidang kebitaraan sekolah ini iaitu bidang cendekia bahasa, music east n west serta keusahawanan dan koperasi.Pada malamnya kami menginap di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas. Malamnya tak sah kalau tak pekena nasi kandaq.

ST. George


Bersama Pengetua ST George


Pekena Nasi Kandaq


Selamat Pulang

Saturday, February 26, 2011

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke- 61



Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpahnya warga SS dapat menjaya dan meraikan kejohanan olahraga SS kali ke 61. Tahniah diucapkan kepada AJK Pengelola Kejohanan dan seluruh warga SS yang terlibat dalam menjayakan kejohanan olahraga pada kali ini. Kejohanan seperti ini diharapkan dapat menjadi wadah kepada para pelajar untuk membuktikan keupayaan dan bakat yang ada pada mereka. Seterusnya menjadi pemangkin untuk mencungkil bakat-bakat baru yang kelak akan mampu mengharumkan nama sekolah, negeri dan seterusnya ke peringkat kebangsaan. Potensi ditambah dengan semangat serta iltizam dan integriti pasti mampu melonjakkan prestasi para peserta yang bertanding dalam kejohanan pada kali ini. Syabas warga SS. "SS Terbilang."


Ikrar Kejohanan


Pasukan JPAM


Anak-Anak Puteri Islam


Maskot Menceriakan Kejohanan


Gelombang Biru


Sedia!!


Kaki Zirafah

Thursday, February 3, 2011

Merentas Pantai

tttt
Pelajar SS Mendengar Taklimat

Akhir Januari yang lalu sebagaimana kebiasaannya, setiap sekolah akan mengadakan acara merentas desa. Namun di SS ianya agak unik kerana acara merentas desa dikenali dengan nama Merentas Pantai. Perkataan Merentas Pantai digunakan kerana memandangkan laluan pelajar melalui persisiran Pantai Batu Buruk.Nampaknya acara Merentas Pantai ini dapat mengukuhkan lagi perpaduan kaum yang sedia terjalin antara pelbagai kaum di SS ini. Mudahan acara Merentas Pantai ini dapat membantu mencergaskan fizikal pelajar dan seterusnya dapat menyumbang kepada otak yang cerdas kepada pelajar-pelajar SS. Semua warga SS terlibat dalam menjayakan program Merentas Pantai ini.


Puteri SS Memulakan Larian


Larian Tamat

Friday, December 24, 2010

SS Gemilang Lagi!!!

Tanggal 23 Disember 2010 keputusan PMR diumumkan diseluruh negara. Sebelum pengumuman berkenaan nampaknya para pendidik juga mengalami "panas-sejuk" memikirkan keputusan anak didik masing-masing. Begitu juga para ibu-bapa apatah lagi murid berkenaan, sudah tentulah suhu "panas-sejuk" lebih tinggi lagi. Namun sekarang semuanya sudah terungkai - Nampaknya SMK Sultan Sulaiman terus gemilang apabila 115 orang daripada 257 murid mendapat semua A dalam mata pelajaran. Jika ditinjau berdasarkan kedudukan SS diperingkat negeri - Berdasarkan semua A = Tempat ke enam
Berdasarkan GPS = Tempat ke tiga belas
Peratus pelajar yang mendapat semua A meningkat sebanyak 44.75 % jika dibandingkan dengan tahun lepas hanya sekadar 79 murid yang mendapat semua A dalam matapelajaran yang diambil.
Walau bagaimanapun ucapan sekalung tahniah buat kumpulan pengurusan sekolah, barisan pendidik, kakitangan kerajaan/swasta dan syabas buat murid PMR tahun 2010 yang telah menaikkan nama sekolah diperingkat negeri serta kebangsaan.Persoalannya bagaimanakah langkah terbaik untuk mengekalkan prestasi dan meningkatkan lagi jumlah semua A dalam matapelajaran pada tahun 2011? Saya tanya, anda jawab....,

Sunday, November 28, 2010

Majlis Graduasi 2010


SMK Sultan Sulaiman telah mengadakan majlis graduasi yang melibatkan pelajar-pelajar yang berpotensi cemerlang SPM dan STPM. Pemilihan pelajar adalah berdasarkan peperiksaan percubaan 2010. Majlis kali ini melibatkan seramai 267 orang pelajar SPM dan 45 orang pelajar STPM.


Penjual Cenderamata dalam kalangan pelajar

Objektif utama Majlis Graduasi ini adalah sebagai motivasi kepada semua pelajar khususnya pelajar-pelajar SPM dan STPM dan galakan kepada pelajar-pelajar tingkatan empat dan enam bawah untuk berusaha mencapai kecemerlangan dan tersenarai dalam majlis-majlis graduasi akan datang.

Sambutan begitu hangat sekali, nampaknya semua pelajar membawa keluarga masing-masing untuk sama-sama meraikan kemeriahan kejayaan yang telah dikecapi dalam peperiksaan percubaan 2010.


Barisan Pendidik SS

Majlis ini telah diadakan di Taman Tamadun Islam(TTI). Dahulu kawasan Taman Tamadun Islam merupakan tempat Jubah Hitam mencari ketam batu untuk dibuat "belaga" tetapi sekarang tak sangka pula TTI menjadi begitu gah dan tersohor diperingkat negara dan antarabangsa. Itulah kudrat dan iradat Allah S.W.T

Dewan Besar TTI