Tuesday, March 31, 2009

Selamat Mengundi

Musim pilihanraya ini begitu "kalutkan" negara Malaysia. Negara tidak dapat ditadbir dengan baik kerana seluruh orang penting negara terlibat dengan aktiviti mengempen. Maka sudah tentulah urusan pembangunan negara sedikit sebanyak akan terganggu.Buat semua pengundi Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, pilihlah calon yang baik moralnya dan dapat berkhidmat dengan baik untuk rakyat dan negara. Selamat Mengundi!

Wednesday, March 25, 2009

kelebihan ber madu

FIRMAN DAN HADIS

Anda tentu sedia maklum ALLAH S.W.T telah memberi kelebihan kepada lebah dengan kekuasaannya mengeluarkan madu asli dari perutnya memberi manfaat dan berkhasiat kepada setiap manusia menggunakannya.
Firman ALLAH di dalam AL-QURAN. Surah AN-Nahl ayat 68-69 yang bermaksud:- Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah "Hendaklah engkau membuat sarang di gunung-ganang, di pokok-pokok kayu dan juga bangunan-bangunan yang di dirikan oleh manusia. Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau suka, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu. Dengan itu akan keluar minuman (madu) yang berlainan warna dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada (yang demikian itu ada tanda kemurahan ALLAH) bagi orang-orang yang mahu berfikir"
DARI HADIS NABI S.A.W, RIWAYAT MUSLIM
Daripada Abu Said Al'Kudri r.a katanya, Seorang lelaki telah datang kepada RASULLULAH S.A.W lalu ia berkata. "Saudaraku sakit perut sehingga dia buang-buang air". Sabda RASULLULAH S.A.W, "Minumlah madu kepadanya" Lalu diminumkan madu kepadanya. Kemudian dia datang balik kepada RASULLULAH S.A.W, "Telah ku minumkan madu kepadanya tetapi sakitnya bertambah". RASULLULAH S.A.W pula menyuruhnya meminumkan madu supaya berulang tiga kali. Dia datang lagi untuk kali keempat. Nabi S.A.W terus menyuruhnya supaya meminum madu. Kata orang itu, "Aku telah menyuruhnya meminumnya Ya RASULLULLAH, namun sakitnya bertambah juga. Sabda RASULLULLAH S.A.W, "ALLAH MAHA BESAR, perut saudaramu itulah yang dusta. Lalu diminumnya juga madu, maka sembuhlah saudaranya.

Monday, March 23, 2009

Minggu-Minggu Terakhir

23 Mac 2009 maka sudah tibalah masanya untuk program pensarjanaan kepengetuaan sudah berada pada fasa yang terakhir. Ketika ini hari dan minggu azab sudah berakhir cuma semester azab sahaja yang belum berakhir. Assigment sudah mula berkurangan tetapi bahang kertas projek cukup terasa.Rakan-rakan masih menunjukkan momentum yang tinggi sehingga makan dan minum masih lagi belum ada dalam agenda masing-masing. Namun usaha berdasarkan kehendak seseorang, ada yang bersungguh, ada yang santai dan sebagainya. Sesungguhnya ianya akan menjadi kenangan manis pada suatu ketika yang akan datang.