Friday, July 24, 2009

Hari Terbuka Gymnasium

Tanggal 20 Julai 2009 JH telah menyertai beberapa pertandingan sempena Hari Cakna Gym 2009 yang bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Program ini diadakan sempena cuti Keputeraan Sultan Terengganu. Acara pertama yang disertai ialah acara Larian Perkasa(2.2km), JH telah mendapat tempat ketiga.

Manakala acara kedua yang disertai ialah acara regu badminton tertutup yang mana JH telah mencipta sejarah peribadi iaitu menjuarai acara berkenaan. Hari cuti berkenaan penuh berwarna-warni kerana JH telah membuat pemeriksaan kesihatan dan didapati JH masih sihat. Sempena Hari Cakna Gym 2009 bermacam-macam acara disediakan kepada para belia seperti acara larian, badminton, sukaneka, pemeriksaan kesihatan dan yang paling berbaloi sekali ialah penyediaan makanan yang begitu lazat sekali sepanjang hari berkenaan.

Saturday, July 18, 2009

Kunjungan Hormat


Setelah beberapa minggu tidak ketemu, akhirnya ditakdirkan JH telah berkunjung ke rumah mantan pengerusi kohort9 IPKUM. Perbincangan berkisar soal-soal kehidupan dan permasalahan kesihatan masing-masing.

Thursday, July 9, 2009

Cuti Pertama Selepas Bertugas

Hari ini Jumaat- 10 Julai 2009 JH bercuti sambil melaksanakan aktiviti biasa seperti dahulu iaitu bangun awal dan pergi jogging 8km sekitar pantai Batu Buruk dan Bandar Kuala Terengganu. Selepas jogging bermain internet sambil menunggu isteri beli roti canai. Selepas itu bersarapan 1 biji roti telur dan 2 biji roti kosong bersama teh tarik. Alangkah leganya pemikiran sekarang ini tanpa dibebani tugas-tugas di sekolah seperti dahulu sebelum sambung pengajian. JH juga merasa sayu apabila mengingati suasana dahulu iaitu apabila sahaja hari Jumaat maka rasa gembira kerana dapat mengikuti kuliah yang santai bersama Dr Chua (penyelia kesayanganku). Selepas itu bersama Pak War n The Gang sembahyang Jumaat dan mengikuti seminar pada sebelah petang. Selepas tamat seminar JH selalu mengikuti delegasi Pak War selaku Presiden Kohort 9 mengiringi penceramah sambil menikmati jamuan ringan. Balik Kondo Putramas dan bersiap-siap untuk ke Hentian Putra untuk balik kampung. Naik bas terus tidur dan sampai di rumah jam 5.15 pagi sabtu. Begitulah rutin JH setahun yang lalu, kenangan itu mengamit seribu kenangan manis bersama rakan-rakan kohort 9. Mudahan berjumpa lagi semasa Pesta Konvokesyen UM tahun ini. InsyaAllah.

Wednesday, July 8, 2009

Kembali ke Lubuk


Selepas tamat dari pengajian sarjana kepengetuaan, JH telah berkunjung ke JPNT untuk membincang urusan pertukaran ke sekolah harian biasa di daerah Kuala Terengganu. 2 orang pengetua telah mengambil maklumat JH untuk membawa masuk JH ke sekolahnya. Pengetua pertama hanya berusaha ke peringkat PPD Kuala Terengganu sahaja - malangnya guru sekolah berkenaan berlebihan dan tidak boleh untuk "mencelah" JH di sekolah tersebut. Pengetua ke 2 (pengerusi pengetua daerah Kuala Terengganu) telah mengambil maklumat JH lalu meminta pihak JPNT menempatkan JH ke sekolahnya yang hanya 3.5 km sahaja dari rumah JH. JH telah pergi ke JPNT tetapi pegawai yang terlibat terpaksa bergegas bermesyuarat dan JH sempat bertanyakan adakah pihak JPNT ada dapat maklumat dari pengetua 2 yang mahu JH ke sekolahnya. Pegawai berkenaan menjawab "ya" yang sekaligus melegakan hati JH kerana berpeluang bekerja dekat dengan rumah maka komitmen kerja boleh ditingkatkan sehingga ke peringkat 100%. Keesokan harinya pegawai berkenaan menyatakan bahawa tidak dapat menempatkan JH ke sekolah pengetua 2 kerana unit agama islam tidak "melepaskan" JH. JH telah berjumpa Ketua Sektor Unit Agama namun beliau tetap tidak mahu melepaskan JH kerana baginya JH adalah aset unit agama. JH sangat kecewa dan terus pergi melaporkan diri ke SMKA Durian Guling yang tidak menjanjikan suasana baru dan pengalaman baru. Warga SMKA DG menyambut kehadiran JH dengan baik namun JH tetap bersyukur kerana masih boleh berulang alik ke sekolah yang jaraknya 21km sehala.

Wednesday, July 1, 2009

Delegasi ke Putrajaya


Beberapa wakil dari kohort 9 IPKUM telah ke Putrajaya untuk menyelesaikan persoalan berkenaan isu penempatan selepas tamat Mprince di UM. Namun selepas beberapa siri perbincangan di buat dengan wakil kerajaan di Putrajaya, maka dapatlah disimpulkan bahawa sebenarnya masih menebal lagi isu birokrasi di jabatan-jabatan kerajaan. Bagaimanakah kerajaan DS Najib dapat mengikis amalan lama ini agar slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" dapat direalisasikan.