Friday, July 24, 2009

Hari Terbuka Gymnasium

Tanggal 20 Julai 2009 JH telah menyertai beberapa pertandingan sempena Hari Cakna Gym 2009 yang bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Program ini diadakan sempena cuti Keputeraan Sultan Terengganu. Acara pertama yang disertai ialah acara Larian Perkasa(2.2km), JH telah mendapat tempat ketiga.

Manakala acara kedua yang disertai ialah acara regu badminton tertutup yang mana JH telah mencipta sejarah peribadi iaitu menjuarai acara berkenaan. Hari cuti berkenaan penuh berwarna-warni kerana JH telah membuat pemeriksaan kesihatan dan didapati JH masih sihat. Sempena Hari Cakna Gym 2009 bermacam-macam acara disediakan kepada para belia seperti acara larian, badminton, sukaneka, pemeriksaan kesihatan dan yang paling berbaloi sekali ialah penyediaan makanan yang begitu lazat sekali sepanjang hari berkenaan.

2 comments:

cikguparizan said...

Shabbass JH. Masih komited dengan rutin lama. Tempat ketiga larian dan johan badminton membuktikan JH masih perkasa. tak payah ambil goji

Yati Wahab said...

Nampaknya JH sudah mula menunjukkan kehebatan dan beranjak lebih jauh...

go JH go...