Saturday, December 20, 2008

Memanusiakan Manusia


Mutakhir ini setiap peserta KPLI mengalami keresahan serta kemurungan kerana ingin mengetahui dimanakah mereka akan ditempatkan. Dilautankah, di hulu tempat jin bertendangkah atau ditengah-tengah kepesatan kota Metropolitan.Mudah-mudahan pegawai Kementerian Pelajaran dapat mengagihkan mereka ditempat yang sepatutnya tanpa mengabaikan aspek kebajikan guru-guru berkenaan.Kepada peserta-peserta KPLI yang akan ditempatkan di sekolah rendah maka gred gaji anda sama juga dengan guru-guru di sekolah menengah dengan gred DG 41 sebagai permulaannya.
Hebat juga bunyinya kerana kalau disekolah rendah guru besar belum tentu dapat lagi gred DG41 Semasa saya belajar suatu ketika dahulu, panggilan maktab lebih tersohor daripada Institut Perguruan. Jarang sekali saya mahupun kawan-kawan yang lain menyebut Instutut Perguruan . Kebanyakkan antara kami lebih ringan menyebut belajar di maktab daripada belajar di Institut Perguruan. Pensyarah sendiri pun jarang menyebut perkataan Institut Perguruan daripada maktab. Ayat “ awak jadi guru ni dah tak ada kerja lain ke “ atau ada ayat yang sama “ awak semua jadi guru sebab pilihan terakhir ke” . Peserta KPLI selalu mendengar ayat ni apabila memasuki maktab. Ayat-ayat sinis tersebut bukan daripada rakan-rakan tetapi daripada pensyarah-pensyarah mereka sendiri.Saya sendiri pun hairan juga kenapa pensyarah maktab selalu menyebut kenyataan tersebut atau pun mereka sudah tidak ada modal untuk bercakap lalu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya , secara peribadi memang tidak suka kalau orang yang suka membuat penilaian tanpa sebarang bukti dan sekadar “lepas cakap”sahaja. Ayat tersebut mungkin biasa dan ada juga sesetengah pensyarah berniat bergurau dengan peserta KPLI berkenaan. Pada pendapat saya, setelah berbincang dengan kawan-kawan saya , ramai diantara mereka tidak setuju dengan penilaian serta penggunaan “ ayat tersebut”. Tentu akan hilang sedikit rasa hormat kepada pensyarah yang seolah-olah memandang rendah kononnya pelajar KPLI ialah golongan yang gagal mendapat tempat dipasaran kerja dengan bidang yang mereka ceburi semasa di universiti dahulu. Sepatutnya golongan pensyarah lebih memberi motivasi dan semangat serta mengucapkan tahniah kerana menceburi bidang perguruan. Memang ada juga pensyarah yang memuji peserta KPLI kerana sanggup melupakan kerja-kerja lain untuk menjadi seorang pendidik. Kata-kata semangat sedemikianlah yang membuat peserta KPLI lebih hormat dan bersemangat untuk menjadi seorang pendidik dan saya secara peribadi memang mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka . Tidak perlu menakutkan peserta KPLI dengan mengatakan menjadi guru tidak kaya dan sebagainya kerana peserta KPLI sudah memikirkan semuanya. Peserta KPLI sendiri yang memilih untuk menjadi guru dan mereka akan menjadi guru yang terbaik.Kepada semua peserta-peserta KPLI teruskan semangat wajamu untuk mendidik anak bangsa bagi melahirkan modal insan seperti yang selalu dicanangkan oleh kepemimpinan negara masa kini.

Tuesday, December 16, 2008

BLOGGEST


Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi mutakhir ini membolehkan perkongsian maklumat menjadi semakin pantas dan meluas. Kini muncul pula weblog atau lebih dikenali sebagai blog yang berperanan sebagai medium interaksi yang membolehkan ilmu, pemikiran, perkongsian dan maklumbalas dilakukan di alam maya. Di Malaysia, pengaruh blog mereka sendiri dengan syarat mempunyai talian internet
Fungsi awal blog adalah sebagai catatan seharian yang ditulis dalam laman web tertentu. Blog mudah dilayari, percuma, mempunyai capaian yang luas dan sangat popular. Kini penulisan dalam blog bukan sekadar catatan harian bahkan menghidupkan dunia penulisan secara maya dan tidak lagi bergantung sepenuhnya pada kaedah konvensional(dakwat dan kertas. Hakikatnya Islam tidak menghalang teknologi seperti ini asalkan tidak bertentangan dengan syariat. Malah, besar pula manfaatnya kepada umat Islam itu sendiri. Oleh itu sesiapa yang telah mendapat title bloggest maka teruskanlah menghantar artikel anda, manakala sesiapa yang mendapat title blogreader tingkatkan satu tingkat kecemerlangan untuk turut menjadi bloggest.

Saturday, December 13, 2008

Kemarahan Pemerintah



Dewasa ini, banyak perkara yang menyebabkan kita hilang kawalan atau marah kerana pelbagai sebab yang dikategorikan kecil mahupun besar. Ada yang marah bab kewangan, rumahtangga, pemilihan parti, pengundi dan pelbagai sebab lagi.Apabila kita marah kita akan merasakan suatu kepuasan kepada mangsa yang kena marah. Berdasarkan kaedah agama marah merupakan sifat yang sangat tercela.Allah s.w.t berfirman:

“Perhatikanlah ketika Allah menimbulkan dalam hati orang-orang yang tidak beriman kepadaNya itu, perasaan sombong; iaitu sifat sombong zaman jahiliah, lalu Allah menurunkan pula ketenananganNya ke atasa RasulNya dan ke atas kaum Mu’minin.” (al-Fath: 26)

Ayat ini telah mencela kaum Musyrikin atau orang-orang yang tidak beriman dengan Allah Ta’ala, disebabkan mereka telah melahirkan perasaan sombong yang timbul dari sebab marah terhadap yang hak dan membela yang batil. Begitu pula ia telah memuji juga kaum Mu’minin, atau orang-orang yang beriman dengan Allah s.w.t., disebabkan sikap mereka yang menerima yang hak, lalu diturunkan ke atas mereka perasaan tenang.

Diriwayatkan ada seorang telah mendatangi Rasulullah s.a.w. sambil memohon supaya baginda mewasiatkan sesuatu wasiat yang pendek dan sedikit saja. Maka baginda bersabda kepadanya: Jangan marah! Diulangi permintaannya lagi maka bagina sekali lagi: Jangan marah!

Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat: Apakah yang kamu dapat fahamkan tentang maksud bergelut? Kata para sahabat: Penggusti yang tidak dapat ditumbangkan dalam pergelutannya.

Sabda baginda; Bukan itu yang aku maksudkan. Tetapi orang yang bergelut itu ialah orang yang dapat menahan dirinya, ketika dalam kemuncak kemarahannya.

Berkata Ja’far r.a.: Kemarahan itu kunci segala kecelakaan.

Setengah para sahabat berkata; Pokok dan pangkal sifat bodoh itu, ialah degil dan pemimpinnya ialah marah.

Barangsiapa yang meredhakan dirinya dengan kejahilan, tidaklah perlu lagi baginya sifat toleransi. Toleransi adalah sifat yang baik dan banyak mendatangkan manfaat. Sedangkan kejahilan pula adalah sifat yang buruk dan mendatangkan banyak mudarat. Berdiam diri atau tidak melayani pertanyaan seorang yang bodoh adalah jawabnya. Maka sama-samalah kita menghindari sifat yang tercela itu.

Friday, December 12, 2008

Kesan Globalisasi

Mutakhir ini banyak diberitakan dalam media cetak mahupun elektronik berkenaan syarikat ataupun kilang-kilang membuang pekerjanya. Terbaru kilang memproses nanas membuang pekerjanya yang berlaku di negeri yang paling ramai menteri iaitu Johor. Ini menunjukkan bahawa kesan kemelesetan ekonomi dunia mulai tempias ke negara kita
Fenomena ‘kemelesetan ekonomi’ bukanlah perkara asing atau klasik bagi kita semua, ianya telah banyak kali diperkatakan dan dibincangkan baik di parlimen dan seminar-seminar, mahupun di kedai gunting rambut..kadang-kadang pemandu teksi pun turut membincangkan perkara yang sama. Pelbagai pendapat telah diutarakan tapi semuanya sekadar pendapat sahaja. Sedangkan aku yang pernah belajar bertahun-tahun subjek ekonomi pun masih terhegeh-hegeh nak memahami ekonomi hinggakan ekonomi aku sendiri pun turut meleset.Walau bagaimanapun sebagai warganegara yang baik, kita hendaklah membantu pihak kerajaan untuk sama-sama mengatasi permasalahan ekonomi negara setakat yang termampu. Mudahan manfaatnya akan dapat dinikmati bersama.

Wednesday, December 10, 2008

Ujian Akhir Tahun


Belum reda kes tanah runtuh di Ulu Yam.. terjadi pula kes yang sama di Jalan Semantan, Damansara. Ketika saya sendiri belum sempat membaca lebih lanjut mengenai kes di Jalan Semantan, kita semua dikejutkan semula dengan tragedi yang lebih ngeri yang berlaku awal pagi Sabtu di Taman Bukit Utama dan Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa Ampang/Ulu Kelang.
Sebelum saya meneruskan lagi posting ni, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada semua mangsa yang terlibat, terutamanya yang melibatkan kehilangan nyawa kepada ahli keluarga mereka.
Memang tidak dinafikan kes-kes yang berlaku ini semuanya dikaitkan dengan kejadian hujan lebat yang berterusan akhir-akhir ini tetapi tragedi buruk di Bukit Antarabangsa ini bukanlah kali pertama dan setiap kali apabila berlaku ianya pasti melibatkan kehilangan nyawa. Sehingga saya menulis posting ini, dilaporkan kehilangan nyawa adalah seramai 4 orang dan berpuluh orang telah tercedera dan dihantar untuk mendapatkan rawatan termasuklah seorang ibu yang mengandung 9 bulan serta warga emas.
Dan ketika ini jugalah kenyataan-kenyataan popular yang tidak asing lagi dikeluarkan oleh mereka yang berkenaan serta pihak-pihak berkuasa.. Ini termasuklah.. “akan menghentikan pembangunan”, tidak meluluskan permohonan pembangunan baru”, “mengkaji struktur kekuatan tanah” dan pelbagai lagi yang saya fikir akan hilang begitu sahaja apabila keadaan kembali reda. Dengan kerosakan kerugian yang tidak ditanggung pihak insurans, pastinya ia akan menambah lagi beban kepada mereka yang terlibat. Setiap kejadian yang tuhan jadikan mestilah ada sebabnya di atas perbuatan tangan-tangan manusia yang rakus dan tidak bertanggung-jawab.

Sunday, December 7, 2008

Penamatan Ekspedisi


Setelah enam hari berekspedisi di kota raya maka tibalah masa untuk pulang semula ke kampung halaman. Percutian ini amat mengembirakan kami sekeluarga. Segala pujian buat Allah s.w.t.

Ronda Kota Raya 3


-Mandi kolam tidak ada kompromi sama sekali
-Petrosains untuk menimbulkan minat sains dikalangan generasi awal
-Kehebatan projek kejuruteraan KLCC

Ronda Kota Raya 2


-Mandi kolam
-Shopping di SOGO
-Shah Alam untuk Majlis Graduation UITM

Ronda Kota Raya 1



-Ronda kota raya berlabuh di Ampang
-Tak sangka dapat pekena nasi lemak terengganu
-Bersama seniman Bujang Lapok

Thursday, November 27, 2008

Bahaya Menanti Penoreh Getah


Sekarang merupakan musim tengkujuh di Pantai Timur. Apabila tiba sahaja musim tengkujuh maka makanan akan berkurangan termasuk ikan, daging dan sebagainya. Begitu juga bagi haiwan, ianya akan merasai kesan musim tengkujuh. Bagi ular sawa pula ianya akan mencari reban-reban ayam untuk membaham ayam manusia apabila tibanya musim tengkujuh kerana perutnya lapar. Disamping itu juga ular sawa biasanya meronda-ronda di kebun getah untuk mencari babi dan sebagainya. Jika ia terserempak dengan manusia maka dibimbangi akan berlaku seperti trajedi di Johor pada satu ketika dahulu.Trajedi yang menimpa Heng Chuan iaitu kira-kira jam 8 malam pada 4 September 1995, seorang pemuda, E Heng Chuan, 29, berjalan menuju ke bangsal berhampiran rumahnya di pekan Tenang Stesen, dekat Segamat, Johor untuk menutup suis generator air kolam.

Itulah perjalanan terakhir Heng Chuan, sebelum beliau menemui ajal dengan cara yang cukup tragis, iaitu ditelan ular sawa seberat 140 kilogram. Cukup mengerikan dan kejadian itu menggemparkan seluruh negara bahkan dianggap peristiwa hitam paling mencemaskan sepanjang 1995.
Berdasarkan laporan, ketika ditemui kira-kira jam 10.30 malam, mangsa sudah mati dengan kepala hingga sebahagian badannya ditelan ular sawa berkenaan. Dipercayai ular itu hanya berjaya menelan kepala dan sebahagian badan Heng Chuan kerana tersangkut pada bahu pemuda berkenaan.

Ular sawa itu dipercayai berada berhampiran bangsal berkenaan sebelum menyerang Heng Chuan dengan mematuk dan membelit badannya sebelum bertindak menelannya. Berdasarkan keadaan semak yang bertukar menjadi kawasan lapang, kemungkinan berlaku pergelutan agak lama sebelum mangsa mati. Maka berhati-hatilah untuk melakukan apa-apa perkara semasa musim tengkujuh ini kerana ular sawa lapar seperti laparnya manusia maka ianya akan mencari makanan tanpa mengira salah atau betul. Berhati-hatilah sahabatku terutamanya yang mempunyai kebun-kebun getah sewaktu musim tengkujuh yang sedang bergelora ini.

Wednesday, November 26, 2008

Kebaikan Buaya Tembaga




Kisah ini dipetik dari majalah Mingguan Perdana
KEMAMAN: Seorang pemandu lori mendakwa diselamatkan oleh seekor buaya tembaga ketika dia lemas sewaktu menyelam ke dalam Sungai Seting untuk menyelamatkan seorang lelaki yang hampir maut setelah eretanya terbabas ke dalam sungai tersebut.

Menceritakan pengalaman aneh itu, Ahmad Buyung, 53, berkata, selepas dia menyelam sedalam kira-kira lima meter dan berjaya menarik mangsa keluar melalui cermin keretanya yang pecah, dia terasa sesak nafas.



Bagaimnapun, katanya, dia berusaha menarik mangsa ke permukaan air bila mendapati lelaki itu sekadar pengsan dan masih bernyawa.

"Saya kemudian membawanya ke tiang jambatan sementara manunggu bnatuan daripada orang ramai. Sewaktu berpaut di tiang jambatan itu, saya berasa diri saya semakin lemah. Setelah beberapa lama, saya dapati tangan saya tidak berupaya hendak berpaut lagi," katanya.

Pada watu itu, kata Ahmad, dia perlahan-lahan tenggelam k dalam air hinggalah mendapati kakinya terpijak sesuatu.

"Benda yang saya pijak itu, rasanya keras dan berkerutu. Ia perlahan-lahan menolak saya naik semula ke permukaan air hingga ke paras dada," katanya.

Ketika itu, kata Ahmad, dia berasa lega semula kerana bantuan benda keras yang tidak diketahui itu membuatkan dia dapat menyedut semula udara setelah berada di permukaan air.

"Pada masa yang sama, orang ramai sudah mula datang dan menghulurkan tali untuk mmbantu. Dengan tenaga yang tinggal, saya ikat mangsa kemalangan pada tali itu untuk ditarik ke atas jambatan," katanya.

Ahmad berkata, dia sendiri terus berdiri di atas benda keras tersebut yang membawanya ke tebing sungai.

"Setelah berada di tebing, saya terkejut bila mendapati seekor buaya tembaga menampakkan dirinya di permukaak air. Ketika itu, barulah saya sedar rupa-rupanya buaya itu yang membantu saya."

Ahmad mengakui terkejut bercambur hairan dengan kejadian itu.

Apa yang berlaku membuatkan dia berfikir semula, adakah itu benar-menar buaya atau jelmaan makhluk halus.

"Bila buaya itu timbul di permukaan air, saya melihat matanya merenug tepat ke arah saya. Saya sekadar boleh anggukkan kepala sebagai tanda terima kasih," katanya.

Ahmad, bapa kepada sembilan cahaya mata yang kini entap di Kampung Wira Jaya, Batu Caves, Selangor , bagaimanapun melahirkan rasa sedih kerana tidak dapat membantu menyelamatkan dua lagi mangsa yang terperangkapmdalam kereta, seorang lelaki dan anaknya.

Mengikut pemandu lori minyak sawit itu, esoknya bila membaca akhbar baru dia tahu mangsa yang ditolongnya itu merupakan seorang eksekutif di Bank Bumiputera manakala yang meninggal pengurus syarikat minyak Shell bersama anaknya yang berusia enam tahun.

'Kalau saya diberitahu ada buaya dalam sungai itu, mungkin saya tidak akan turn,"katanya yang sebelum itu berpengalaman menyelam selama lebih sepuluh minitdalam sungai kerana kegemarannya memanah ikan sejak muda.

Tuesday, November 25, 2008

Budaya Makanan Melayu


Saya akan mulakan budaya makanan Malaysia ini dengan budaya makanan orang Melayu. Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang Melayu amnya. Beras juga merupakan nadi budaya kehidupan dan adat bagi penduduk Asia. Bijirin kecil ini juga berjaya membentuk budaya diet (pemakanan) dan ekonomi penduduk Asia. Di Malaysia padi menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis dan dikenali sebagai ‘rice bowl of Malaysia’. Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam ulaman. Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan, cili dan belacan. Hidangan orang Melayu dikatakan mampu menghangatkan suasana di meja makan. Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya.

Santan merupakan bahan asas dalam masakan kita. Ia digunakan dalam segala jenis gulai atau masak lemak. Bahan perasa (seasonings) dalam masakan Melayu di bahagi kepada dua: rempah basah dan rempah kering. Rempah basah iaitu bahan yang ditumbuk dengan batu lesung: bawang, halia, bawang putih dan cili. Rempah kering pula termasuk biji ketumbar, jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain. Rempah ratus ini selalunya di sangai (digoreng tanpa minyak) terlebih dahulu sebelum ditumbuk atau dikisar. Orang Melayu juga banyak menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun pandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala.

Kita beralih pula ke masakan tradisi dan masakan popular orang Melayu di Malaysia. Kita masih mengemari masakan kampung atau masakan nenek dan emak kita dahulu. Orang Melayu di kampung-kampung masih berlandaskan pertanian. Di halaman-halaman rumah kampung kelihatan berkeliaran ayam, itik, ikan dari hasil tangkapan nelayan atau dari sawah dan bendang. Sayuran ditanam di belakang rumah dan juga di perairan sawah dan bendang. Pucuk paku, petai, daun pegaga, daun selum, daun kaduk, cendawan (kulat) dan lain-lain jenis ulaman daun menjadi makanan amalan orang Melayu di kampung. Daun-daun ini selain kaya dengan sumber vitamin dan mineral, ia juga tinggi dari segi serat. Daun kaduk dan daun pegaga telah mendapat pengiktirafan dari WHO sebagai herba yang mempunyai pelbagai faedah kepada kita. Ia boleh merangsang aktiviti otak kanak-kanak, pengaliran darah yang sihat dan menghaluskan tekstur kulit seseorang.

Untuk pesakit diabitis dan tekanan darah tinggi, ulam jering boleh dijadikan ubat kerana kandungan alkali yang tinggi dan berfungsi sebagai bahan dirutik. Tongkat Ali merupakan akar kayu yang terbilang hasiatnya dari segi penambahan tenaga batin dan juga tenaga fisikal. Tongkat Ali dijual dalam bentuk tablet dan juga serbuk. Di restoran dan gerai, kopi tongkat Ali menjadi minuman kegemaran para pengunjung. Dahulu ulam dan akar kayu hanya dipopularkan oleh orang Melayu tetapi sekarang mendapat tempat di restoran dan hotel-hotel, dimana kita lihat kaum-kaum lain turut meminatinya.

Nasi lemak patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut di pelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu (ala carte) di hotel-hotel. Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan: kari ayam, rendang (ayam dan daging), sambal (sotong kering atau ikan bilis), ayam goreng dan paru goreng.

Di musim perayaan (hari lebaran, kenduri kendara) nasi tomato beserta lauk pauknya sentiasa menarik perhatian tetamu. Nasi tomato dihidang bersama ayam masak merah, dalca, ayam golek, pecal dan lain-lain. Bagi orang Melayu pantai Timur (Kelantan dan Terengganu) menghidangkan pelbagai juadah seperti nasi dagang, nasi berlauk, nasi minyak, ayam percik dan lain-lain. Negeri Perak pula berbangga dengan rendang tok dan gulai ikan sembilang tempoyak. Gulai lemak cili padi (ayam, ikan dan daging) pula dipelopori oleh orang Negeri Sembilan. Selain lauk pauk terdapat juga makanan ringan; laksa Penang, laksa Johor, pesembur, mi Siam dan lain-lain. Wah! betapa seronoknya menjadi anak Malaysia. Bersyukurlah!!

Sunday, November 23, 2008

Program Santai Ke Tanjung Balai

PROGRAM BERCUTI DI TANJUNG BALAI
KARIMUN INDONESIA
3 HARI 2 MALAM
RM 450.00 SAHAJA

TERMASUK :

• Pengangkutan bas dari KT ke Kukup, Pontian, Johor (pergi dan balik)
• Tiket Feri di Jeti Kukup (pergi dan balik)
• Boarding pass
• Hotel bertaraf 3/ 4 bintang
• Lawatan
• Pemandu Pelancong
• Pengangkutan (Indonesia)
• Makan dan Minum
• Insuran pelancongan

ATURCARA
HARI PERTAMA
1. Rombongan sampai di Pelabuhan TG Balai Karimun, dijemput dan dibawa ke Hotel untuk Check In
2. Makan tengahari dan menu masakan padang serta seafood
3. Sebelah petang Free & easy untuk membeli belah di persekitaran Hotel
4. Makan malam di Restoran CHIPERS
5. Rombongan dibawa mengunjungi Hawai Dept Store
HARI KEDUA
1. Sarapan pagi di Restoran Hotel
2. Rombongan dibawa bersiar-siar dan mengunjungi Pantai Pongkar dan Pantai Pelawan
3. Makan tengahari menu masakan padang
4. Sebelah petang free & easy (bebas)
5. Makan malam di Restoran OKRA
HARI KETIGA
1. Sarapan pagi di Restoran Hotel
2. Membeli belah di Toko berhampiran
3. Makan malam di pondok OTEK
4. Bersiap untuk pulang – 1 jam sebelum (feri) jam 2.30 waktu Indonesia

Berminat?
Sila berurusan : S/U Kelab Gimnasium Rakyat
Perkasa Kuala Terengganu

Thursday, November 20, 2008

Musim Tengkujuh


Sapertimana yang kita sedia maklum negara kita sudah mula menghadapi musim tengkujuh iaitu bermula pada bulan November dan akan berakhir pada Mac tahun hadapan . Angin MonsoonTimur Laut yang membawa hujan akan bertumpu ke negeri negeri dipantai timur seperti Kelantan dan Terengganu dan kemudian beredar ke selatan seperti Pahang dan Johor . Ketika itu negeri negeri di pantai timur akan menerima hujan berterusan manakala di pantai barat pula akan menerima hujan dan ribut petir . Musim tengkujuh yang berterusan biasanya akan membawa kesan negatif kepada alam sekitar seperti banjir,tanah runtuh dan sebagainya . Kejadian ini memerlukan pengendalian yang melibatkan sumber , peralatan dan tenaga manusia dari pelbagai agensi serta penyelarasan yang berkesan kemungkinan juga memerlukan tindakan yang kompleks untuk satu jangkamasa yang panjang .Pelbagai agensi terlibat dalam menghadapi musim tengkujuh yang boleh membawa bencana alam serta langkah langkah yang perlu diambil bagi menyelaraskan agensi agensi terlibat .Namun perlulah diketahui bahawa rakyat negeri-negeri pantai timur hanya bimbangkan bencana alam atau banjir pada musim ini sahaja tetapi di ibu kota Kuala Lumpur, fenomena banjir kilat merupakan suatu yang lumrah bagi warga kota. Itulah realitinya, kawasan elit sudah tidak dapat diuruskan dengan sempurna lagi sekarang ini. Pelbagai bencana yang akan muncul yang begitu menakutkan warga kota. Bersyukurlah wahai rakyat pantai timur!

Monday, November 17, 2008

Refleksi Tasik Kenyir


Tanggal 1511 dari KT ke K brang dan terus mara ke Pasir Puteh dan singgah sebentar kat sate jabi sambil membasahkan tekak. Kemudian terus ke Pasir Puteh ke rumah Mat Jehe. Malam makan nasi berlaukkan hasil dari Kenyir lazat sekali. Lepas tu hantar Mat seremban n Mat rompin balik kampung. Lepas tu ke Tok Bali makan ikan bakar kenyir bersama pok ku, zabidi, Abu enak sekali. Bermalam di Pasir Puteh. Esok beli jeans rugged dan terus ke kampong Pek Machang.Lepas kenduri bersama Nik Muza ke Kota Bharu, singgah di Pasar Besar Siti Khadijah. Pelbagai kenangan manis bersama Nik Muza. Kemudian terus balik ke Kuala Terengganu. Keesokan harinya satu keluarga demam

Sunday, November 16, 2008

Tetamu Membawa Rahmat


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata: Aku sangat menderita kebuluran. Rasulullah s.a.w menghantarkannya kepada salah seorang isteri baginda, tetapi dia (isteri baginda) berkata: Demi Zat yang mengutuskanmu dengan kebenaran! Aku hanya mempunyai air. Rasulullah s.a.w menyuruh menanyakan kepada isteri baginda yang lain, tetapi mendapat jawaban yang sama. Kesemua isteri baginda memberikan jawapan yang sama: Tidak, demi Zat yang mengutuskanmu dengan kebenaran! Aku tidak mempunyai satu apapun kecuali air. Rasulullah s.a.w lalu berkata: Sesiapa yang memberi makan orang ini, Allah akan merahmatinya. Seorang lelaki dari golongan Ansar berdiri dan berkata: Aku, wahai Rasulullah. Lalu diajaknya orang itu ke rumah beliau. Lelaki itu menanyakan kepada isterinya: Adakah kamu mempunyai sesuatu (dimakan)? Jawab isterinya: Tidak ada! Kecuali makanan untuk anak-anak sahaja. Dia berkata lagi: Sibukkanlah mereka dengan sesuatu. Apabila tetamu kita masuk, padamkanlah lampu dan tunjukkanlah yang kita seolah-olah sedang menghadapi makanan. Apabila dia hendak makan, maka hampirilah lampu dan matikanlah. Merekapun duduk, sementara tetamu mereka makan. Pada keesokan harinya mereka bertemu dengan Nabi s.a.w dan baginda bersabda: Allah benar-benar bangga terhadap perbuatan kamu berdua terhadap tetamu kamu malam tadi

Tuesday, November 4, 2008

STRESS MENGAMIT



Adakah anda stress semasa minggu peperiksaan ini? Relax jangan stress, berikut makluman stress untuk anda fikir-fikirkan.
STRESS BAIK DAN STRESS BURUK
Stress baik membuat anda bekerja keras dan lakukan perkara dengan baik.Kita semua perlu sedikit sebanyak stress untuk kita berfungsi dengan efektif dan jumlah stress ini perlulah dalam kadar yang optimum untuk setiapindividu.Stress yang buruk atau terlalu banyak stress boleh menyebabkan satu kesan yang buruk kepada seseorang sehingga menyebabkan gejala-gejala emosi dan fizikal. Ini juga mungkin diikuti dengan perubahan dalam tingkah laku seseorang seperti bermain tagged, tengok wayang, merokok dan yang seumpama dengannya.Semasa stress kronik, kebolehan badan untuk terus menghadapinya akhirnya akan terjejas. Individu tersebut mungkin akan menghidapi penyakit fizikal seperti penyakit jantung(koronari) dan hipertensi serta juga masalah psikologi seperti kemurungan dan kebimbangan. Mempelajari cara untuk mengurus stress akan membantu anda menjalani hidup yang lebih gembira.

TANDA-TANDA STRESS
Tanda-tanda pada fizikal
sakit kepala/pening secara kerap
rasa pusing kepala
tinnitus (bunyi berdering di telinga)
terketar-ketar
pedih hulu hati atau ketidakselesaan dada
cirit-birit atau sembelit

Tanda-tanda pada mental dan emosi
insomnia
kebimbangan dan ketakutan
kemurungan atau angin kurang ceria
kecenderungan untuk menangis
meragam atau cepat marah
ketidakmampuan membuat keputusan
ketidakmampuan untuk menganalisa masalah
ketidakmampuan untuk menyelesaikan masalah
Antara cara paling baik mengatasi stress ini ialah melalui senaman (jogging, berenang serta bermain gym kalau kat kondo)

Monday, November 3, 2008

Khas Buat Blogreader

Saya telah memilih anda sebagai sampel kajian kualitatif tentang teori motivasi yg berkaitan dgn kepemimpinan. Bagaimana pandangan atau komen saudara sebagai seorang kaunselor bertauliah berkenaan teori motivasi di bawah utk praktis kepemimpinan pada masa sekarang?
TEORI MOTIVASI
• KEPERLUAN MANUSIA TERBAHAGI 2 :
i) Keperluan semulajadi (fisiologi)
• Makanan, tempat tinggal, rehat, udara, seks
ii) Keperluan yang tercapa i(social n egoistic)
Sosial- kawan, mahu disayangi,hormat, keselamatan
Egoistic-kepentingan diri, hormat diri, kebebasan, pencapaian diri
Dalam organisasi terdapat beberapa teori motivasi yang menjadi asas dalam memahami kelakuan individu dlm. Sesebuah organisasi :
Eg Abraham Maslow(1954)
-manusia tidak pernah puas (lepas satu nak yang lain pula)
i) keperluan fisiologi dan biologi
-mkanan, tempat tinggal, pakaian,seks
ii) keperluan keselamatan diri
-jauhi bahaya, ancaman ---- tempat kerja yang selamat
iii)keperluan sosial dan diterima
-berkawan atau bermasyarakat --- tanda diterima
iv) keperluan ego atau penghormatan diri
a)keinginan yang berkait dgn keyakinan diri, kebolehan diri,pencapaian, autonomi dan kebebasan diri
b)keperluan yang berkait dgn. Prestij, status,reputasi, dihargai dan dihormati oleh majikan, sahabat dan masyarakat
v) keperluan memenuhi hasrat diri
-keperluan individu utk. Kesempurnaan pengwujudan dan perkembangan diri supaya lebih kreatif utk mencapai potensi pencapaian diri.

B) Teori ERG
-Alderfer
Ada 3 peringkat:
i)keperluan kewujudan(E)
ii)keperluan pertalian(R)
ii)keperluan pertumbuhan(G)
-ringkasan dr teori Maslow (keperluan fisiologi dan keselamatan).sementara keperluan pertalian sama dgn kasih saying. Keperluan pertumbuhan merangkumi keperluan pertumbuhan,penghormatan dan penyempurnaan diri

TEORI X N Y
-Douglas McGregor (1960 an)
Teori X – manusia memang malas dan tidak suka bekerja. Jika diberi peluang mereka akan elak dpd. Bekerja >>mesti diarah dan dimotivasikan>> wujud pertentangan antara pihak pekerja dan pengurusan
Teori Y- dipengaruhi oleh penyelidikan yg dibuat oleh Maslow, Drucker dan Hertzberg
-dorongan yg paling baik dgnmemberi penghargaan dan pencapaian hasrat diri
-manusia mampu utk menggunakan imaginasikan utk menyelesaikan masalah yg dihadapi dlm organisasi
-kawalan n hukuman bukanlah satu cara yang baik utk mencapai matlamat organisasi
**Teori Y sejajar dgn prinsip pengurusan melalui MBO( Management by Objective)

Teori Z
-William Ouchi (teori pengurusan berorietasi masa hadapan)
-ciri2 >>mempunyai kesetiaan bersama yg kukuh diantara pekerja dgn syarikat
>>menjamin pekerjaan utk seumur hidup kpd pekerja mereka
>>menekankan kearah matlamat jangka panjang organisasi

Teori Pencapaian
-McCleland
• Keperluan utk pencapaian(kejayaan diukur mengikut piawai tertentu)
• Keperluan utk gabungan(jalin hub peribadi dgn orang lain)
• Keperluan utk memperoleh kuasa(perlu utk kawal kelakuan org lain secara langsung dan tidak langsung
-hub yg rapat mewujudkan interaksi kerja yg rapat dikalangan pekerja
-begitu juga 2 konsep yg seterusnya

Teori Motivasi-kesihatan
-Frederick Hertzberg(1959)
-faktor keperluan instrinsik yg terdiri dpd keperluan pencapaian,pengiktirafan, t/jawab
-fx kesihatan adalah fx ekstrinsik yg berhub dgn skim gaji,ganjaran dsb
-jika 2 fx ini tidak dipenuhi maka kurang berkesan krn tidak ada dorongan
Perbandingan Teori Dorongan Maslow dan Hertzberg
MASLOW HERTZBERG
Pencapaian hasrat diri Fx instrinsik, kerja yg mencabar pencapaian,pertumbuhan dan tgjawab
Penghormatan/ status faktor Peningkatan iktiraf status
Perhubungan dan aktiviti sosial motivasi Hubungan ant personel penyeliaan
Keselamatn dan jaminan Fx ekstrinsik-dasar sykt dan pentadbiran,jaminan kerja
Keinginan fisiologi dan biologi Pekerjaan, kehidupan personel

Teori Jangkaan Victor Vroom
-setiap tindakan seseorang itu adalah didorong oleh unsur2 psikologi yg berkaitan dgn motifnya. Contohnya seorg guru yg bekerja kuat mungkin didorong oleh keinginan utk kenaikan pangkat, pengiktirafan ketua utk kenaikan gaji dsb. Contohnya katakana seseorg guru ingin dinaikkan pangkat dan cara utk mencapai matlamat ini melalui kerja yg cemerlang, jadi dia akan berusaha bersungguh2utk mencapai prestasi cemerlang

Thursday, October 30, 2008

Pemilihan Kepemimpinan

Sekarang ini negara kita digemparkan dengan pemilihan pemimpin yang dilakukan oleh sebuah parti pemerintah. Pelbagai reaksi yang kita dapat lihat sama ada reaksi positif mahupun negatif untuk memenangi pelbagai jawatan. Namun ada juga pemimpin yang mendapat pertolongan Allah S.W.T iaitu:
Pemimpin yang Allah janjikan bantuan kepada mereka itu adalah ‘mereka yang mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang munkar‘.
Didatangkan lagi ayat Allah dalam surah Al Baqarah bilangan ayat ke 124 berbunyi:
Berkata Allah (kepada Ibrahim), ‘Sesungguhnya Allah akan menjadikan kamu Imam (pemimpin) untuk manusia’. Berkata Ibrahim, ‘Dan juga dari keturunanku.’ (Berfirman Allah), ‘Janji-Ku tidak akan diberikan kepada mereka yang zalim‘.
Sekali lagi Imam Qartubi dalam Al Jamik li Ahkamil Quran berkata, “Ayat ini (iaitu al-Baqarah ayat 124) merupakan dalil bagi satu jemaah ulama Islam bahawa pemimpin-pemimpin mestilah dari golongan yang adil, ihsan dan mulia…..Adapun yang fasiq dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin“ Justeru kita sebagai rakyat marhaen mestilah ternanti-nanti pemimpin yang hebat, karisma akan muncul untuk menyelamatkan umat manusia dari segala kemelut yang melanda mutakhir ini. Contohnya Ketika ingin menggerakkan kapal terbang, juruterbang terbaik dipilih bagi menjamin keselamatan penumpang dan krew kapal, tidak lupa si juruterbang yang dipilih. Maka dalam konteks memilih pemimpin ia sudah pasti lebih dituntut lagi kerana isunya adalah lebih besar dan kesannya lebih meluas.”Takbir, Reformasi, Hidup Melayu, Makkal Sakti”

Monday, October 27, 2008

Tips Menghadapi Peperiksaan

Tips Menghadapi Peperiksaan- untuk peserta IPKUM dari Jubah Hitam
Persediaan Pada Hari Peperiksaan
-Jangan Sesekali Bermain Tagged
-Buat Ulangkaji Sepintas Lalu, Sentuh Semua Tajuk.
-Tumpukan Perhatian Pada Proses Ulangkaji
-Jangan Fikir Lagi Perkara Lain Yang Anda Tidak Faham.
-Tidur Dengan Cukup
Menjelang Hari Peperiksaan
-Pastikan Jadual Peperiksaan Anda Dan Lihat Jadual Dengan Betul.
-Bentuk Kumpulan Untuk Buat Ulangkaji Secara Berkesan.
-Pastikan Anda Tiba Awal
-Elakkan Dari Berbual Kosong
-Pastikan Semua Keperluan Cukup
Persediaan Emosi
-Elakkan Perselisihan Faham Dengan Rakan
-Menjaga Hati Ibu Bapa,Isteri atau Suami
-Tidak Bercinta Dalam Alam Maya
-Terlalu Yakin
-Prasangka Negatif Kepada Orang Lain
Persediaan Fizikal
-Mengutamakan Kesihatan Badan
– Tidak Tidur Larut Malam
– Menjaga Keselamatan Diri
– Makan Makanan Secukupnya
– Riadah Yang Ringan,Sekitar 20minit Sehari
Persediaan Mental
-Jangan Menyerah Kalah,Cepat Berputus Asa
-Tiada Gambaran Yang Negatif, Jangan Fikirkan Yang Bukan-Bukan
-Berfikiran Positif, Tidak Bimbang Keterlaluan
##Minda Kita Adalah Seperti Payung Terjun.Ia Hanya Berfungsi Sekiranya Ia Terbuka.##

Thursday, October 23, 2008

Demam Peperiksaan

Bagi pelajar2 IPKUM minggu depan bermulalah "minggu mentelaah" maka bermulalah era demam peperiksaan.Demam peperiksaan menjangkiti semua pelajar . Ia turut dirasai oleh isteri atau suami dan semua orang yang berkepentingan .Mabuk demam peperiksaan ada baiknya untuk kamu . Ia akan mendorong ke arah kewaspadaan dan kerja kuat bagi menghadapi hari peperiksaan . Bersiap sedia . Ghairah dan tekun adalah senjata
Demam peperiksaan , tidak perlu diubati . Kecuali jika membawa kepada gejala sakit kepala , tekanan dan gelisah yang keterlaluan , sehingga menjejaskan diri . Ubatnya ialah tidur sekejap , menarik nafas panjang , berjalan-jalan , minum air , mandi , membaca Al-Quran , bercakap dengan isteri atau suami dan mengingati sesuatu yang indah yang pernah kamu alami .Sebaiknya , biarlah demam peperiksaan menghangatkan semangat juang kamu dan menguatkan azam untuk berjaya dengan baik . Untuk diri sendiri , ibu bapa , keluarga , baik guru dan sekolah .Katakanlah "Aku datang . Aku tidak takut . Aku berhak untuk mencuba . Aku belajar dengan penuh insaf dan sedar bahawa tidak ada jalan mudah untuk berjaya . Aku tidak akan menyerah kalah , malah aku yakin bahawa kejayaan adalah milikku".
Ringkasnya , demam peperiksaan amat baik untuk semua . Ia menyedarkan yang lalai . Ia mendorong ke arah kerja kuat dan bersiap sedia. Tapia was! Pastikan asgment yang berkaitan mestilah dilangsaikan terlebih dahulu. Selamat Demam Peperiksaan Buat Sahabatku!

Monday, October 20, 2008

Tips Pemakanan

Sebagai seorang pelajar yang mahukan kecemerlangan dalam aspek akademik maka amatlah perlu menjaga pemakanan seperti yang telah diamalkan oleh genius Islam.
1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

Thursday, October 16, 2008

Kematian bakal menjelma

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
WALLAHUA`LAM

Monday, October 13, 2008

Seminar Kebangsaan

SEMINAR MINGGUAN
INSTITUT KEPENGETUAAN KEBANGSAAN
UNIVERSITI MALAYA

TAJUK SEMINAR :
KESAN PINCANG LAKU KEPEMIMPINAN PENGETUA TERHADAP GURU

TARIKH :
17 OKTOBER 2008 (JUMAAT)

TEMPAT :
IPK, KAMPUS KOTA
UNIVERSITI MALAYA

MASA :
3.00 - 5.00 PETANG

PEMBENTANG :

DR ABDUL GHANI KANESAN ABDULLAH
TIMBALAN DEKAN FAKULTI PENDIDIKAN USM

DR AZIAH ISMAIL
PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN USM

BAYARAN :
PERCUMA
PERTANYAAN LANJUT :

SILA HUBUNGI
En. Arman bin A. Razak (012-6567888)

Thursday, October 9, 2008

Open House

Setelah melalui cabaran Ramadhan maka syawal yang dinantikan telah tiba. Di bulan ini, umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, hari kemenangan . Kemenangan bagi sesiapa yang taat serta berjaya dalam mengekang nafsu semasa menjalankan ibadah puasa. Tertunailah juga Rukun Islam yang keempat iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan.
Kedatangan bulan Syawal, pastinya hati merasa gembira. Tersenyum riang, ziarah menziarahi saudara jauh dan dekat serta menghadiri undangan ke rumah terbuka. Bercerita tentang rumah terbuka, telah menjadi satu ‘trend’ pula rasanya pada zaman moden ini, mungkin biasanya pada seminggu awal raya masyarakat kota khususnya mula berpusu pulang ke kampung masing-masing jadi tidak sempat menziarahi jiran dan kawan-kawan , jadi selepas pulang dari kampung biasanya bermulalah majlis rumah terbuka khusus untuk jiran dan kawan-kawan sekerja. Maklumlah puasa 30 hari jadi Hari Raya juga telah menjadi ‘trend’ dirayakan selama 30 hari di bulan Syawal ini. Apa pun majlis rumah terbuka adalah sesuatu yang baik kerana ia dapat mengeratkan silaturahim.Namun begitu, setelah mendapat title "perantau" sekarang ini, masih belum mendapat jemputan rumah terbuka. Kemungkinan ada selepas ini. Tunggu dan lihat
Bagaimana? Kamu juga sedang merancang untuk mengadakan majlis rumah terbuka atau akan kerumah terbuka ?, sekiranya sedang merancang dan akan mengadakan ia adalah sesuatu yang baik, tetapi pandailah - pandailah menjaga adab ketika berhadapan dengan orang ramai.Janganlah pula sampai tahap "melantak"

Wednesday, October 8, 2008

Pengumuman menggemparkan

Bagaikan halilintar menyentap jantung hati penyokong Pak Lah apabila suatu pengumuman telah dibuat pada petang tadi dengan tidak mempertahankan jawatan tertinggi parti (presiden) dalam pemilihan kali ini. Beliau juga akan melepaskan jawatan perdana menteri dan menyerahkan kuasa kepada timbalannya pada bulan Mac apabila Datuk Seri Najib Razak dipilih sebagai presiden baru parti itu.

Keputusan perdana menteri itu, yang diumumkan dalam taklimat Dewan Tertinggi BN petang ini sudah dijangka sejak keputusan terbaru mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) bulan lepas.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN itu bermula selepas jam 3.30 petang.
Abdullah pada awalnya, dijadual melepaskan jawatan tertinggi Umno dan jawatan perdana menteri pada pertengahan 2010. Teringat juga jasa2 Pak Lah dalam memberi bonus dan juga menaikkan harga rokok. Semoga penggantinya akan lebih prihatin akan masalah rakyat

Saturday, October 4, 2008

Pokai lepas raye


Beberapa hari sebelum aidilfitri menjelang di bandar Kuala Terengganu, orang ramai kelihatan penuh di bank2 sehinggakan terpaksa berbaris panjang. Pengguna mahu berbelanja sakan menjelang Aidilfitri. Rayalah sepuas-puasnya biarpun duit habis asal gaya tetap mencacang.Jika diperhatikan lepas Aidilfitri pula bank2 kelihatan lenggang kemungkinan, ada antara kita tidak berani melihat baki wang simpanan dalam akaun bank. Kenyataan yang perlu dihadapi mungkin tidak akan menenangkan hati - sama ada baki wang tidak mencukupi untuk bertahan hingga akhir bulan atau lebih menakutkan, tiada langsung baki simpanan.

Begitulah impak Aidilfitri yang hadirnya setahun sekali. Ramai pada mulanya sakan menyambut Hari Raya penuh bergaya. Sejak bulan puasa lagi hingga berlarutan kepada beberapa minggu pertama Syawal, wang tidak putus-putus keluar dari dalam dompet. Pengguna lazimnya tidak begitu memikirkan soal perancangan kewangan pada musim perayaan. Disebabkan itulah perbelanjaan menjadi tidak terkawal atau berlebihan pada musim begini. Sudahnya lepas Aidilfitri pokai segala-galanya hinggakan terkangkang!

Monday, September 29, 2008

Berzakat dan Bersolat Hari Raya

Esok Umat Isalam akan menyambut kedatangan 1 syawal. Maka perlu diingati bahawa Satu lagi kefarduan yang mesti ditunaikan adalah membayar zakat fitrah. Jangan menunggu sehingga saat akhir pada pagi sebelum solat hari raya baru terhegeh-hegeh hendak membayarnya. Tunaikan seawal mungkin supaya rukun Islam keempat itu dijelaskan.

Ibnu Abbas menyatakan: "Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang- orang miskin". (Riwayat Abu Daud).

Kelewatan menunaikan zakat menyebabkan ia tidak diterima dan hanya dianggap sedekah yang perlu diqada pada tahun berikutnya.Sememangnya zakat fitrah biasanya jarang orang Islam yang culas membayarnya, tetapi bagaimana pula dengan zakat wang simpanan, gaji, saham, emas, perniagaan? Tepuk dada jawablah sendiri!

Solat sunat Hari Raya

Dalam banyak amalan solat, mungkin solat Hari Raya paling digemari oleh semua Muslim. Sebabnya walaupun ada di kalangan umat Islam yang tidak cukup solat fardu lima waktu sehari dan solat Jumaat pun hanya sekali-sekali, namun solat Hari Raya tidak pernah ditinggalkan. Pelbagai peringkat umur dan lapisan umat Islam meliputi kaum lelaki, perempuan, kanak-kanak, tua, muda, gadis mahupun janda yang pergi. Jom kita ke masjid esok bagi memeriahkan lagi Temasya Aidilfitri tahun ini. Jangan lupa jemputlah non muslim bertandang ke rumah menikmati juadah sambil mempereratkan perpaduan kaum. Bereh boh!!

Stail pembelajaran otak kiri

Sistem Pembelajaran Dominan Otak Kiri. Kelemahan dari sistem pembelajaran yang ada ketika ini adalah belum diaktifkannya belahan otak kanan. Penggunaan otak kiri masih sangat dominan. Suasana pembelajaran di sek2, misalnya, karena sudah dianggap lebih dewasa dari usia maka dianggap tidak memerlukan gambar dan warna. Suasana dinding kelas dibiarkan berwarna suram tanpa hiasan, buku-buku pelajaran pun tidak lagi berwarna dan bergambar. Guru mengajar dengan banyak bercerita dan menjadi yg maha tahu sementara siswa pula hanya mendengar dan mencatat.


Orang tua dan guru merasa resah jika anak belajar sambil menggoyang-goyangkan kaki, dengan mulut yang terus menyanyikan senandung lagu, serta tangan yang tak henti-hentinya mencoret-coret gambar di kertas. Semua itu dianggap gerakan yang mengada-ada dan mengganggu konsentrasi anak.


Persepsi bahwa cara belajar yang baik harus selalu teratur, di kelas yang selalu sama, dengan bangku yang berbaris rapi, suasana harus sepi, pandangan harus tertuju pada guru, adalah menggambarkan ciri-ciri kerja otak kiri saja. Dan inilah yang selama ini kita kenal sebagai cara pembelajaran yang lazim ditemui, baik di rumah maupun di sekolah.


Dengan menciptakan “fun learning”, dominasi otak kiri ini akan kita rungkaikan. Ciri-ciri otak kanan harus mulai dimunculkan dan disinergikan dalam proses pembelajaran, sehingga mampu mejelekitan kemampuan daya tangkap anak terhadap pelajaran yang diberikan. Maka, tak perlu ragu untuk menciptakan suasana belajar yang kreatif, penuh berbagai corak warna, dipadukan beragam permainan dan humor, berpindah-pindah tempat dan diiringi muzik lembut mengalun. Ayuh kita mulakanya di IPK, jika tertido jangan resah, itu sebenarnya berlaku pertukaran dimensi otak kiri ke kanan. Semasa pertukaran dimensi tersebut maka otak akan rest lalu aplikasinya "tertido"

Otak kiri atau kanan?


Seperti kita ketahui bersama, otak manusia terdiri dari dua belahan, yaitu belahan kiri dan belahan kanan. Sebagian besar orang cenderung untuk lebih banyak menggunakan salah satu belahan dibandingkan belahan lainnya. Relatif jarang orang yang bisa menggunakan keduanya secara berimbang.

Nah, sekarang pertanyaannya, manakah yang lebih banyak Anda gunakan? Kiri atau kanan? Ada banyak sekali rangkaian tes yang bisa digunakan untuk mengujinya. Salah satu uji yang relatif sederhana adalah dengan melihat gambar penari balet di bawah ini.



Bagaimana caranya?

Perhatikan arah putar penari balet itu. Menurut Anda, penari itu berputar searah jarum jam atau berlawanan?

Jika menurut Anda penari itu berputar searah jarum jam, maka Anda cenderung lebih sering menggunakan otak kanan Anda. Dan tentu saja hal yang sebaliknya berlaku, jika Anda melihat penari itu berputar berlawanan arah jarum jam, maka Anda cenderung lebih sering menggunakan otak kiri Anda.

Thursday, September 25, 2008

Tahlil di Rumah Datin



Majlis tahlil di rumah Prof Datin bermula pada 6.15 petang, diikuti dengan majlis berbuka puasa yang menyaksikan pelbagai kuih muih yang begitu lazat sekali. Seolah-olah berada di Kelantan atau Terengganu. Pelbagai kuih muih disediakan untuk hidangan para peserta kohort 9 IPK UM.Kemudian kami bersembahyang Maghrib dan selepas sembahyang Maghrib, Prof Datin menghidangkan pula Nasi Kerabu dan Murtabak Raja dari Kelate. Rakan-rakan menikmati juadah dengan penuh kenikmatan dan ada yang mendapat gelaran "Raja Makan". Kemudian majlis disusuli dengan sembahyang terawih. Selepas bertarawih makan lagi hinggalah kekenyangan.Nampaknya, betullah kata Prof Datin "Datin 2006 tak sama dengan Datin 2008". Datin 2008 lebih friendly dan mesra alam. Kami pulang ke rumah terus tidur tanpa membuat asgment kerana kekenyangan. Mengikut Mat Lipis, kenyang hingga ke pagi. Terima kasih Datin kerana meraikan kami, semoga jasa baik Prof Datin akan mendapat balasan yang sewajarnya daripada Yang Maha Esa

Wednesday, September 24, 2008

Temasya di Restoran Nelayan



Program bermula dari pukul 6 petang hingga 9.30 malam. Majlis diserikan lagi dengan kedatangan Pengarah IPK dan para pensyarah IPK UM. Masing-masing melantak dengan lahapnya sambil bergambar kenang-kenangan. Suasana begini sudah tentu sukar untuk diadakan lagi pada masa-masa akan datang. Seharusnya peluang begini diambil cakna oleh rakan-rakan kohort 9.Peluang beramah mesra dengan para pensyarah sambil menikmati hidangan lazat akan menjadi kenangan manis suatu hari nanti. Gambar menunjukkan Prof Datin Dr. Rahimah dan Prof Adjung Datuk Hussein(Bekas Pegawai Tinggi Kerajaan Malaysia)bersama rakan-rakan

Wednesday, September 17, 2008

Santai buka puasa


16 sept tiada apa2 perubahan seperti yang ditunggu oleh sekumpulan manusia. Petangnya bersama mat jehe dan mat lipis bersantai utk mencari tempat berbuka. Perjalanan selama 1 jam akhirnya sampai di bazar ramadhan kelana jaya. Berbekalkan roti john terus ke restoran mamat berdepan dgn nasi bukhra dan seketul ayam sebesar kepala lutut. Kami berbuka dengan penuh kenikmatan yang telah diberi oleh Allah. Sesudah berbuka panggilan solat di musalla berhampiran. Ada aircond dan bacaan imam sangat cemerlang sekali. Habis menunaikan hak tuhan lalu meneguk "teh o sekata" menurut mat jehe. Balik berbekalkan roti telur power pula.Wow puas hati, dunia dapat akhirat pun dapat, ianya akan menjadi satu kenangan manis pada masa-masa yang akan datang. Mat jehe memang seorang yang "suka disusahkan" menurut mat lipis. Itulah telatah sahabatku di bulan puasa 2008.

Friday, September 12, 2008

Percutian Hujung Minggu

129 masih sempat bersahur di rumah.Percutian mengembirakan kerana tidak dibebani asgment yang banyak. Bolehlah merehatkan minda sambil bermanja dengan my daughters.Disamping itu masih terkenangkan berpose bersama-sama rakan2 AG2. Mat Lipis selalu masakkan nasi untuk bersahur, setakat ni tak pernah miss. Mat Bentong tak makan mana, sekadar kurma dan teh o, Mat Sheikh dgn program berbuka dan terawih di masjid2 yang pelbagai. Rupa2nya di KL banyak masjid yang akan menjadi saksi di kemudian hari kelak. InsyaAllah. Selamat berbuka kawan2 ku yang dirindui

Thursday, September 11, 2008

tips kesihatan


Walaupun sibuk dan tertekan dek asgment yang banyak namun sebagai pelajar, kita mestilah menghargai tahap kesihatan yang telah Allah bagi, justeru itu senaman adalah amat perlu dilakukan setiap hari. Kalau asyik menaip je sampai petang, sambung pula malam alamatnya 2,3 bulan lagi akan bertambahlah power spek. Jadi pastikan anda bersenam setiap hari supaya badan sihat dan dapat buat asgment dgn lebih ummph lagi

Tuesday, September 9, 2008

tok imam terawih



Bersama tok imam terawih dari Lipis dan Bentong. Bergambar kat Hotel Putramas di makkah

Syukran

Lepas main gym dapat jemputan berbuka drpd geng brother tingkat 7. Pergi terawih di Wisma Putera bersama dgn geng berjubah yang begitu mengerunkan syaitan jin dan manusia.Minum di kg Baru dan terus ke perbendaharaan Islam lalu mendapati "Alhamdullillah". Balik dengan happy sekali dan siapkan asgment

authentic learning

“…..that authentic learning goes well beyond the passive intake of information to active engagement of the learner in producing or reproducing knowledge and understanding,” Discuss.


Merujuk kepada soalan di atas, ianya adalah berkisar tentang “authentic learning” yang mana dalam proses pengajaran & pembelajaran (P&P) ianya perlu dilaksanakan supaya pelajar dapat menguasai ilmu yang dipelajari dan difahaminya serta mengaplikasikannya
dengan baik apabila diperlukan melalui pelbagai perspektif dalam kehidupannya.

Oleh itu, kaedah pembelajaran “authentic” ini dilihat sebagai lebih moden yang mana menggalakkkan pelajar aktif dalam meneroka ilmu yang dipelajarinya. Berbanding dengan pembelajaran tradisional, pelajar agak pasif dalam proses P&P, yang mana mereka menerima ilmu sepenuhnya berdasarkan apa yang diajar oleh guru. Jadi sekira guru cetek ilmunya, maka pelajar akan terkena tempias. Ini kerana pelajar menghadam apa yang didapati dari suapan gurunya.

Menurut Thomas J. Sergiovanni, penulis buku “Supervision: A Redefinition”, telah berlaku perubahan dalam P&P apabila guru menggalakkan pelajar aktif menerima dan mengeluarkan kembali ilmu dan kefahamannya.

Apa yang saya fahami, perkataan “authentic” membawa maksud ‘genuine’, ‘true’ dan ‘real’. Jadi “authentic learning” merupakan atu pendekatan pedagogi yang memberi ruang kepada pelajarnya meneroka, berbincang, membina konsep dan hubungan yang melibatkan masalah sebenar di luar alam persekitaran sekolah iaitu alam sebenar pelajar.

Sekiranya pembelajaran itu “authentic” maka pelajar patut terlibat dalam pembelajaran sebenar (genuine learning) yang merangsang peluang untuk mereka membuat hubungan secara terus di antara pengetahuan yang baru dipelajari dengan pengetahuan lepas (sedia ada). Pengalaman yang dipelajari dalam pembelajarn “authentic” ini akan dapat meningkatkan lagi motivasi pelajar. Maka, pelajar patut mengetahui bahawa pencapaian kecemerlangan mereka bukan hanya berdasarkan di dalam kelas sahaja tetapi meliputi juga alam sebenar pelajar iaitu di luar sekolah.Jadi ketika berada di alam masyarakat luar, mereka dapat menghubungkaitkan dan mempraktikkan pengalaman-pengalaman yang diperolehi di kelas, pengetahuan, kepercayaan dan sikap ingin tahu mereka.

Pelajar yang melalui pembelajaran “authentic” tidak lagi semata-mata belajar menghafal fakta dalam bentuk abstrak atau situasi tidak nyata, tetapi mereka mendapat pengalaman dan menggunakan maklumat yang berkisar dengan alam nyata atau realiti.

Sebelum ini melalui kaedah pembelajaran tradisional P&P, selalu kedengaran keluhan daripada pelajar tentang pembaziran masa di sekolah kerana mereka tidak mampu menggunakan dan mengaplikasikan maklumat ataupun ilmu yang diperolehi di sekolah ke dalam kehidupan seharian. Selain itu, pelajar juga merungut bahawa mereka sebenarnya tidak memahami apa yang mereka pelajari. Bagi kebanyakan pelajar, pendidikan itu tidak lebih daripada latihan dan jawapan, yang mana tiada kaitan langsung dengan apa yang sepatutnya pelajar dapat.

Sebagai contoh, pembelajaran secara tradisonal di dalam kelas biasanya melibatkan pelajar membaca buku teks dan kemudiannya menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran subjek yang diajar. Contoh lain proses pembelajaran secara tradisional ialah dalam kelas matematik yang mana pelajar kebiasaannya disuruh menyelesaikan masalah matematik di dalam buku kerja. Walaubagaimanapun, sekira pelajar mengikuti pembelajaran secara “ autehentic” dalam subjek yang berkaitan dengan penyelesaian masalah contohnya berkenaan dengan pencemaran udara di bandar, suasana pembelajaran di kelas tersebut agak berbeza. Pelajar akan bekerja dalam kumpulan dan membahagi-bahagikan pelbagai tugas yang perlu disempurnakan dalam menyelesaikan isu sebenar dunia. Akan kelihatan kumpulan-kumpulan pelajar meneliti suratkhabar untuk mengumpul data berkenaan cuaca di tempat mereka, sementara kumpulan-kumpulan lain sibuk mencari maklumat di internet tentang pencemaran udara, manakala selebihnya mengumpul data berkenaan dengan populasi penduduk bandar. Di sini, jelas kelihatan bahawa pembelajaran “authentic” patut dilaksanakan dan diamalkan oleh semua guru dalam proses P&P.

Di dalam buku yang dikarang oleh Sergiovanni, beliau ada menyatakan tentang kajian terkini menunjukkan bahawa pembelajaran “authentic” tidak akan berlaku sekiranya pelajar tidak memahami ilmu yang dipelajarinya. Pembelajaran “authentic” dikatakan berlaku apabila pelajar dapat menguruskan ilmu yang diperolehinya ke dalam bentuk atau kategori yang lebih bermakna. Sebagai contoh, seorang pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dianggap telah melalui pembelajaran “authentic” apabila pelajar tersebut telah dapat memberi tazkirah (renungan, ingatan & nasihat) kepada kawan-kawan sekelasnya sewaktu ketiadaan gurunya di dalam kelas. Seterusnya pembelajaran “authentic” juga dianggap telah berlaku sekiranya pelajar dapat menerangkan ilmu yang diperolehi dari pelbagai perspektif ataupun konteks. Sebagai contoh, pelajar tingkatan satu telah mempelajari sajak Bahasa Inggeris bertajuk Llife Brief Candle” mampu mengaitkan sajak tersebut dari sudut subjek pendidikan Islam, denagn mengatakan bahawa Allah menjadikan manusia di bumi ni hanyalah sementara, tidak akan kekal lama samalah seperti riwayat lilin yang hanya sementara. Selain daripada itu pelajar tersebut juga boleh mengaitkan sajak tersebut dengan kehidupan harian yang mana peluang yang diberi kepada manusia untuk meraih kejayaan dalam apa jua bidang haruslah diambil kerana hayat manusia tidak lama di dunia ini.

Seterusnya, penulis juga ada menyebut tentang pembelajaran “authentic” berlaku apabila pelajar dapat memberi pelbagai contoh, dapat menggunakan kefahaman tentang ilmu yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah.

Penulis juga menyebut kefahaman pelajar akan menjadi lebih matang apabila ianya dapat dihubungkan ke dunia di luar persekitaran sekolah (alam masyarakat). Juga apabila ianya boleh digunakan untuk menerang atau meneroka isu-isu dalam komuniti masyarakat, dan apabila pelajar dapat berbincang dengan mengaitkan apa yang dipelajari di sekolah dengan orang dewasa. Sebagai contoh pelajar mampu berbincang dengan golongan dewasa dalam masyarakat tentang masalah sosial, alam sekitar dan sebagainya berdasarkan pengetahuan yang diperolehinya di dalam kelas seperti di dalam subjek Sivik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan sebagainya untuk menyumbangkan idea atau pendapat , cadangan , kritikan penyelesaian dalam perbincangan isu sosial.

Kesimpulannya, pembelajaran “authentic” seperti yang diutarakan oleh Sergiovanni dalam bukunya memberi penekanan kepada proses pengajaran guru untuk mewujudkan dan menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar dalam menarik minat pelajar untuk belajar secara aktif dengan menerima ilmu, meneroka ilmu dengan pelbagai pertanyaan dan mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dari pelbagai perspektif. Selain itu, pelajar juga akan terlibat dengan proses penerimaan ilmu yang agak kompleks dan menggunakan aras kemahiran berfikir yang tinggi seperti membuat analisa, sintesis, merancang, memanipulasi dan menilai maklumat atau ilmu yang dipelajari. Ini kerana berlaku pembaharuan dalam pendidikan untuk lebih memberi penekanan kepada apa yang pelajar ketahui, faham dan dan bagaimana apelajar mengaplikasikannya dari pelbagai aspek bukan sahaja di sekolah bahkan di luar persekitaran sekolah.Ini bermakna prose pembelajaran memberi penekanan kepada apa yang harus dicapai dan diperolehi oleh pelajar. Ia juga selaras denagn Wawasan 2020 yang mahu mewujukan masyarakat yang dinamik, kreatif, progresif dan penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

demam biasiswa

Kelas prof datin pada hari ini sehingga 4 1/2jam membuat kan terasa sejuk sehingga menikam terus ke tulang sumsum. Balik kelas buat refleksi dan tertido. Dikejutkan kembali SST dgn berita biasiswanya. Maka terus terfikir merancang pelbagai urusan dgn ongkos yang ada itu, hinggalah ke program seberang laut. Alhamdullillah syukur!

Monday, September 8, 2008

kenangan di genting


Selepas makan roti canai bersama member kamcing

Sunday, September 7, 2008

perjalanan kembali

8 sept bermula semula perjuangan akademik. Apabila bermula perjuangan maka tibalah masa azab kembali. Tido tak cukup begitu juga makanan, namun apabila melihat kawan2 bersemangat berjuang maka timbullah aspirasi padaku utk bersemangat utk berjuang. Seperti kata mat lipis bahawa "tido bukan agenda sekarang ini" tapi aku bimbang kalau kawan aku yang sorang ni akan mengguna pakai istilah ini pula "makan juga bukan agenda"

Thursday, September 4, 2008

Program Pembentangan

Hari ini hari gembira kerana malam ini dapat balik ke kampung. Pada paginya pergi ke kuliah bersama en azhan ataupun dikenali "syeikh serba tau". Kuliah tak da cuma pembentangan projek sahaja. Sambil membentang sambil melayari alam maya.

salam


kenangan semasa lawatan berstruktur di sabah. kenangan pahit manis di salinatan