Saturday, December 13, 2008

Kemarahan Pemerintah



Dewasa ini, banyak perkara yang menyebabkan kita hilang kawalan atau marah kerana pelbagai sebab yang dikategorikan kecil mahupun besar. Ada yang marah bab kewangan, rumahtangga, pemilihan parti, pengundi dan pelbagai sebab lagi.Apabila kita marah kita akan merasakan suatu kepuasan kepada mangsa yang kena marah. Berdasarkan kaedah agama marah merupakan sifat yang sangat tercela.Allah s.w.t berfirman:

“Perhatikanlah ketika Allah menimbulkan dalam hati orang-orang yang tidak beriman kepadaNya itu, perasaan sombong; iaitu sifat sombong zaman jahiliah, lalu Allah menurunkan pula ketenananganNya ke atasa RasulNya dan ke atas kaum Mu’minin.” (al-Fath: 26)

Ayat ini telah mencela kaum Musyrikin atau orang-orang yang tidak beriman dengan Allah Ta’ala, disebabkan mereka telah melahirkan perasaan sombong yang timbul dari sebab marah terhadap yang hak dan membela yang batil. Begitu pula ia telah memuji juga kaum Mu’minin, atau orang-orang yang beriman dengan Allah s.w.t., disebabkan sikap mereka yang menerima yang hak, lalu diturunkan ke atas mereka perasaan tenang.

Diriwayatkan ada seorang telah mendatangi Rasulullah s.a.w. sambil memohon supaya baginda mewasiatkan sesuatu wasiat yang pendek dan sedikit saja. Maka baginda bersabda kepadanya: Jangan marah! Diulangi permintaannya lagi maka bagina sekali lagi: Jangan marah!

Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat: Apakah yang kamu dapat fahamkan tentang maksud bergelut? Kata para sahabat: Penggusti yang tidak dapat ditumbangkan dalam pergelutannya.

Sabda baginda; Bukan itu yang aku maksudkan. Tetapi orang yang bergelut itu ialah orang yang dapat menahan dirinya, ketika dalam kemuncak kemarahannya.

Berkata Ja’far r.a.: Kemarahan itu kunci segala kecelakaan.

Setengah para sahabat berkata; Pokok dan pangkal sifat bodoh itu, ialah degil dan pemimpinnya ialah marah.

Barangsiapa yang meredhakan dirinya dengan kejahilan, tidaklah perlu lagi baginya sifat toleransi. Toleransi adalah sifat yang baik dan banyak mendatangkan manfaat. Sedangkan kejahilan pula adalah sifat yang buruk dan mendatangkan banyak mudarat. Berdiam diri atau tidak melayani pertanyaan seorang yang bodoh adalah jawabnya. Maka sama-samalah kita menghindari sifat yang tercela itu.

3 comments:

Pakwar said...

hok banyak berlakunya di atas muka bumi ini adalah orang suka menyuruh orang lain bersabar dan jgn marah tapi bila kena kat batang hidung dia sendiri,molek sikit pada firaun nyumpah.. apa komen jubah hitam?

Dagang said...

ketika marah, jika sedang berdiri hendaklah kamu duduk, jika tidak reda lagi, ambil air sembahyang dan solat sunat..

ARIN said...

marilah kita membuang kemarahan mengikut saluran betul dlm pilihan raya kecil parlimen k trg bulan jan nanti.yg mana yg kita marah?jgn pangkah.