Mutakhir ini setiap peserta KPLI mengalami keresahan serta kemurungan kerana ingin mengetahui dimanakah mereka akan ditempatkan. Dilautankah, di hulu tempat jin bertendangkah atau ditengah-tengah kepesatan kota Metropolitan.Mudah-mudahan pegawai Kementerian Pelajaran dapat mengagihkan mereka ditempat yang sepatutnya tanpa mengabaikan aspek kebajikan guru-guru berkenaan.Kepada peserta-peserta KPLI yang akan ditempatkan di sekolah rendah maka gred gaji anda sama juga dengan guru-guru di sekolah menengah dengan gred DG 41 sebagai permulaannya.
Hebat juga bunyinya kerana kalau disekolah rendah guru besar belum tentu dapat lagi gred DG41 Semasa saya belajar suatu ketika dahulu, panggilan maktab lebih tersohor daripada Institut Perguruan. Jarang sekali saya mahupun kawan-kawan yang lain menyebut Instutut Perguruan . Kebanyakkan antara kami lebih ringan menyebut belajar di maktab daripada belajar di Institut Perguruan. Pensyarah sendiri pun jarang menyebut perkataan Institut Perguruan daripada maktab. Ayat “ awak jadi guru ni dah tak ada kerja lain ke “ atau ada ayat yang sama “ awak semua jadi guru sebab pilihan terakhir ke” . Peserta KPLI selalu mendengar ayat ni apabila memasuki maktab. Ayat-ayat sinis tersebut bukan daripada rakan-rakan tetapi daripada pensyarah-pensyarah mereka sendiri.Saya sendiri pun hairan juga kenapa pensyarah maktab selalu menyebut kenyataan tersebut atau pun mereka sudah tidak ada modal untuk bercakap lalu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya , secara peribadi memang tidak suka kalau orang yang suka membuat penilaian tanpa sebarang bukti dan sekadar “lepas cakap”sahaja. Ayat tersebut mungkin biasa dan ada juga sesetengah pensyarah berniat bergurau dengan peserta KPLI berkenaan. Pada pendapat saya, setelah berbincang dengan kawan-kawan saya , ramai diantara mereka tidak setuju dengan penilaian serta penggunaan “ ayat tersebut”. Tentu akan hilang sedikit rasa hormat kepada pensyarah yang seolah-olah memandang rendah kononnya pelajar KPLI ialah golongan yang gagal mendapat tempat dipasaran kerja dengan bidang yang mereka ceburi semasa di universiti dahulu. Sepatutnya golongan pensyarah lebih memberi motivasi dan semangat serta mengucapkan tahniah kerana menceburi bidang perguruan. Memang ada juga pensyarah yang memuji peserta KPLI kerana sanggup melupakan kerja-kerja lain untuk menjadi seorang pendidik. Kata-kata semangat sedemikianlah yang membuat peserta KPLI lebih hormat dan bersemangat untuk menjadi seorang pendidik dan saya secara peribadi memang mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka . Tidak perlu menakutkan peserta KPLI dengan mengatakan menjadi guru tidak kaya dan sebagainya kerana peserta KPLI sudah memikirkan semuanya. Peserta KPLI sendiri yang memilih untuk menjadi guru dan mereka akan menjadi guru yang terbaik.Kepada semua peserta-peserta KPLI teruskan semangat wajamu untuk mendidik anak bangsa bagi melahirkan modal insan seperti yang selalu dicanangkan oleh kepemimpinan negara masa kini.
1 comment:
Silap dimana yer? Selagi anda menganggap Nepal yang berada di depan pintu condo anda sebagai bertaraf lebih rendah daripada anda sebagai master jee maka situasi ini tidak pernah akan berakhir. Fullstop!
Post a Comment