Wednesday, December 10, 2008

Ujian Akhir Tahun


Belum reda kes tanah runtuh di Ulu Yam.. terjadi pula kes yang sama di Jalan Semantan, Damansara. Ketika saya sendiri belum sempat membaca lebih lanjut mengenai kes di Jalan Semantan, kita semua dikejutkan semula dengan tragedi yang lebih ngeri yang berlaku awal pagi Sabtu di Taman Bukit Utama dan Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa Ampang/Ulu Kelang.
Sebelum saya meneruskan lagi posting ni, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada semua mangsa yang terlibat, terutamanya yang melibatkan kehilangan nyawa kepada ahli keluarga mereka.
Memang tidak dinafikan kes-kes yang berlaku ini semuanya dikaitkan dengan kejadian hujan lebat yang berterusan akhir-akhir ini tetapi tragedi buruk di Bukit Antarabangsa ini bukanlah kali pertama dan setiap kali apabila berlaku ianya pasti melibatkan kehilangan nyawa. Sehingga saya menulis posting ini, dilaporkan kehilangan nyawa adalah seramai 4 orang dan berpuluh orang telah tercedera dan dihantar untuk mendapatkan rawatan termasuklah seorang ibu yang mengandung 9 bulan serta warga emas.
Dan ketika ini jugalah kenyataan-kenyataan popular yang tidak asing lagi dikeluarkan oleh mereka yang berkenaan serta pihak-pihak berkuasa.. Ini termasuklah.. “akan menghentikan pembangunan”, tidak meluluskan permohonan pembangunan baru”, “mengkaji struktur kekuatan tanah” dan pelbagai lagi yang saya fikir akan hilang begitu sahaja apabila keadaan kembali reda. Dengan kerosakan kerugian yang tidak ditanggung pihak insurans, pastinya ia akan menambah lagi beban kepada mereka yang terlibat. Setiap kejadian yang tuhan jadikan mestilah ada sebabnya di atas perbuatan tangan-tangan manusia yang rakus dan tidak bertanggung-jawab.

3 comments:

ARIN said...

Inna lillahi wainna ilaihi raajiuun,segala apa yg ada didunia ini adalah milik Allah..kita?hanyalah peminjam sementara yg perasan sume itu hak kita.

Dagang said...

Tu la, kita kena ingat selalu,bila kita berduit, ingat2la pada yang miskin. la ni tgk, tuhan dh tunjuk skit kesusahan pada golongan kaya ni, banyak dh melenting, repot sini repot sana..

Pakwar said...

Aku pahat kayu cengal
harap-harap jadi perahu
kalu bukit takdok dah tinggal
pasak bumi dah jadi debu