Tuesday, December 16, 2008

BLOGGEST


Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi mutakhir ini membolehkan perkongsian maklumat menjadi semakin pantas dan meluas. Kini muncul pula weblog atau lebih dikenali sebagai blog yang berperanan sebagai medium interaksi yang membolehkan ilmu, pemikiran, perkongsian dan maklumbalas dilakukan di alam maya. Di Malaysia, pengaruh blog mereka sendiri dengan syarat mempunyai talian internet
Fungsi awal blog adalah sebagai catatan seharian yang ditulis dalam laman web tertentu. Blog mudah dilayari, percuma, mempunyai capaian yang luas dan sangat popular. Kini penulisan dalam blog bukan sekadar catatan harian bahkan menghidupkan dunia penulisan secara maya dan tidak lagi bergantung sepenuhnya pada kaedah konvensional(dakwat dan kertas. Hakikatnya Islam tidak menghalang teknologi seperti ini asalkan tidak bertentangan dengan syariat. Malah, besar pula manfaatnya kepada umat Islam itu sendiri. Oleh itu sesiapa yang telah mendapat title bloggest maka teruskanlah menghantar artikel anda, manakala sesiapa yang mendapat title blogreader tingkatkan satu tingkat kecemerlangan untuk turut menjadi bloggest.

6 comments:

Dagang said...

kerajaan skrg bimbang dgn kemunculan web-web blog yg menyebarkan fitnah pada individu tertentu dan juga kerajaan. demokrasi bukan kita bebas sebebas bebasnya..tp klo perkara benar wajib jugek kita bagtau. apa komen saudara jubah hitam kita?mcm mana K.Trg? dah ramai pelancong dtg tgk keadaan sekitar sblm PRK ni?

Jubah hitam said...

K Tganu sudah mulai sibuk sekarang.Segala urusan servis kereta, bank dan pelbagai urusan telah dibereskan sekarang kerana bimbang keadaan sesak apabila dekatnya hari pengundian nanti

Pakwar said...

ha ha kalau tak muat nak tidur bagi penyokong, bleh ambik kunci taman tamdun islam sbb banyak lagi masjid kosong untuk berehat. KO guano jubah hitam

ARIN said...

masjid memang banyak tp dilarang sama sekali niat iktikaf

Rossa Manja said...

cantiklah taman tamadun islam dan aircondpun hebat, dari bawah samapai terangkat kain.

ARIN said...

bila masa plak kain cik rossa terangkat ni?rugi nya amber x berada di tempat kejadian