Tuesday, November 4, 2008

STRESS MENGAMIT



Adakah anda stress semasa minggu peperiksaan ini? Relax jangan stress, berikut makluman stress untuk anda fikir-fikirkan.
STRESS BAIK DAN STRESS BURUK
Stress baik membuat anda bekerja keras dan lakukan perkara dengan baik.Kita semua perlu sedikit sebanyak stress untuk kita berfungsi dengan efektif dan jumlah stress ini perlulah dalam kadar yang optimum untuk setiapindividu.Stress yang buruk atau terlalu banyak stress boleh menyebabkan satu kesan yang buruk kepada seseorang sehingga menyebabkan gejala-gejala emosi dan fizikal. Ini juga mungkin diikuti dengan perubahan dalam tingkah laku seseorang seperti bermain tagged, tengok wayang, merokok dan yang seumpama dengannya.Semasa stress kronik, kebolehan badan untuk terus menghadapinya akhirnya akan terjejas. Individu tersebut mungkin akan menghidapi penyakit fizikal seperti penyakit jantung(koronari) dan hipertensi serta juga masalah psikologi seperti kemurungan dan kebimbangan. Mempelajari cara untuk mengurus stress akan membantu anda menjalani hidup yang lebih gembira.

TANDA-TANDA STRESS
Tanda-tanda pada fizikal
sakit kepala/pening secara kerap
rasa pusing kepala
tinnitus (bunyi berdering di telinga)
terketar-ketar
pedih hulu hati atau ketidakselesaan dada
cirit-birit atau sembelit

Tanda-tanda pada mental dan emosi
insomnia
kebimbangan dan ketakutan
kemurungan atau angin kurang ceria
kecenderungan untuk menangis
meragam atau cepat marah
ketidakmampuan membuat keputusan
ketidakmampuan untuk menganalisa masalah
ketidakmampuan untuk menyelesaikan masalah
Antara cara paling baik mengatasi stress ini ialah melalui senaman (jogging, berenang serta bermain gym kalau kat kondo)

1 comment:

Pakwar said...

Stress baik ringan atau kronik berpunca daripada bagaimana kita sebagai individu melihat perkaitan dengan diri kita sendiri. Jika kita menganggap peperiksaan adalah satu peluang untuk kita luahkan sesuatu yang luhur dari dalam diri maka konsep stress sudah perlu ditukarkan kepada Opportunity. Bagi saya, kita tidak lagi perlukan perkataan exam untuk melihat sejauhmana seseorang dapat mengaitkan ilmu yang ada dengan apa yang ditanya kerana ada ilmu hanya perlu difahami oleh diri sendiri semata-mata dan sukar untuk diluahkan kepada orang lain. Apa yang boleh digantikan ialah perkataan peperiksaan kepada Jangkaan Ilmu Semester 1 IPK UM.Pensyarah hanya menjangka ilmu pelajar dengan menyuruh mereka menyatakan apa yang dijangkakan sebagai ilmu yang telah dikuasai.