Thursday, November 20, 2008

Musim Tengkujuh


Sapertimana yang kita sedia maklum negara kita sudah mula menghadapi musim tengkujuh iaitu bermula pada bulan November dan akan berakhir pada Mac tahun hadapan . Angin MonsoonTimur Laut yang membawa hujan akan bertumpu ke negeri negeri dipantai timur seperti Kelantan dan Terengganu dan kemudian beredar ke selatan seperti Pahang dan Johor . Ketika itu negeri negeri di pantai timur akan menerima hujan berterusan manakala di pantai barat pula akan menerima hujan dan ribut petir . Musim tengkujuh yang berterusan biasanya akan membawa kesan negatif kepada alam sekitar seperti banjir,tanah runtuh dan sebagainya . Kejadian ini memerlukan pengendalian yang melibatkan sumber , peralatan dan tenaga manusia dari pelbagai agensi serta penyelarasan yang berkesan kemungkinan juga memerlukan tindakan yang kompleks untuk satu jangkamasa yang panjang .Pelbagai agensi terlibat dalam menghadapi musim tengkujuh yang boleh membawa bencana alam serta langkah langkah yang perlu diambil bagi menyelaraskan agensi agensi terlibat .Namun perlulah diketahui bahawa rakyat negeri-negeri pantai timur hanya bimbangkan bencana alam atau banjir pada musim ini sahaja tetapi di ibu kota Kuala Lumpur, fenomena banjir kilat merupakan suatu yang lumrah bagi warga kota. Itulah realitinya, kawasan elit sudah tidak dapat diuruskan dengan sempurna lagi sekarang ini. Pelbagai bencana yang akan muncul yang begitu menakutkan warga kota. Bersyukurlah wahai rakyat pantai timur!

3 comments:

ARIN said...

musim tengkujuh menyebabkan ramai org x keluar rumah dan duduk menghadap notebook sambil bermain tagged mgkin secara terbuka atau senyap2..makan roti pound cicah kopi O sedap weh hujan2 ni.

Pakwar said...

ajehe sudah biasa bangun pukul 3 pagi pindah kereta dengan ayah zaman dulu kerana air naik. Seronok juga masa tu maklum lah kanak2. Cuma kesian tgk tokey Batu Buruk Beach Resort kena tanggung rugi sbb ajehe pernah bbrp kali lepak kat situ. Apa kata orang jalan budiman?

Rossa Manja said...

lambaian pokok kelapa mengingatkan saya ketika melawat tganu bbrp tahun yang lalu, sepanjang jalan pesisir pantai menggamit memori indah