Thursday, November 27, 2008

Bahaya Menanti Penoreh Getah


Sekarang merupakan musim tengkujuh di Pantai Timur. Apabila tiba sahaja musim tengkujuh maka makanan akan berkurangan termasuk ikan, daging dan sebagainya. Begitu juga bagi haiwan, ianya akan merasai kesan musim tengkujuh. Bagi ular sawa pula ianya akan mencari reban-reban ayam untuk membaham ayam manusia apabila tibanya musim tengkujuh kerana perutnya lapar. Disamping itu juga ular sawa biasanya meronda-ronda di kebun getah untuk mencari babi dan sebagainya. Jika ia terserempak dengan manusia maka dibimbangi akan berlaku seperti trajedi di Johor pada satu ketika dahulu.Trajedi yang menimpa Heng Chuan iaitu kira-kira jam 8 malam pada 4 September 1995, seorang pemuda, E Heng Chuan, 29, berjalan menuju ke bangsal berhampiran rumahnya di pekan Tenang Stesen, dekat Segamat, Johor untuk menutup suis generator air kolam.

Itulah perjalanan terakhir Heng Chuan, sebelum beliau menemui ajal dengan cara yang cukup tragis, iaitu ditelan ular sawa seberat 140 kilogram. Cukup mengerikan dan kejadian itu menggemparkan seluruh negara bahkan dianggap peristiwa hitam paling mencemaskan sepanjang 1995.
Berdasarkan laporan, ketika ditemui kira-kira jam 10.30 malam, mangsa sudah mati dengan kepala hingga sebahagian badannya ditelan ular sawa berkenaan. Dipercayai ular itu hanya berjaya menelan kepala dan sebahagian badan Heng Chuan kerana tersangkut pada bahu pemuda berkenaan.

Ular sawa itu dipercayai berada berhampiran bangsal berkenaan sebelum menyerang Heng Chuan dengan mematuk dan membelit badannya sebelum bertindak menelannya. Berdasarkan keadaan semak yang bertukar menjadi kawasan lapang, kemungkinan berlaku pergelutan agak lama sebelum mangsa mati. Maka berhati-hatilah untuk melakukan apa-apa perkara semasa musim tengkujuh ini kerana ular sawa lapar seperti laparnya manusia maka ianya akan mencari makanan tanpa mengira salah atau betul. Berhati-hatilah sahabatku terutamanya yang mempunyai kebun-kebun getah sewaktu musim tengkujuh yang sedang bergelora ini.

3 comments:

ARIN said...

x rok cetong leni, babi pun x mboh duk dlm hutan muga duk dlm aircond leni berkat pemerintahan pakatan rakyat di selangor.Bkn stakat orang, natang pun turut merasa kenikmatan..

ARIN said...

leni musim hujan payah skit nk turun noreh,sbb tu saing kawan noreh getah anak ramai, sebabnya?Fikirlah sediri.

Pakwar said...

he he. pemikiran blog reader ada kelas lah. Boleh tulis blog dah ni. Buat Jubah hitam, kawe loni dah ada kat Tg Piai cuma tak dok pasport jer nak ke Tg Balai. Mujur demo tak jadi penoreh getah, kalau tidak, kerja peluk bini je la musim hujan ni. Nak gi noreh hujang lebat. Ko guane kawang ambe budak ganu, jiwang ko dok ?