Setelah melalui cabaran Ramadhan maka syawal yang dinantikan telah tiba. Di bulan ini, umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, hari kemenangan . Kemenangan bagi sesiapa yang taat serta berjaya dalam mengekang nafsu semasa menjalankan ibadah puasa. Tertunailah juga Rukun Islam yang keempat iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan.
Kedatangan bulan Syawal, pastinya hati merasa gembira. Tersenyum riang, ziarah menziarahi saudara jauh dan dekat serta menghadiri undangan ke rumah terbuka. Bercerita tentang rumah terbuka, telah menjadi satu ‘trend’ pula rasanya pada zaman moden ini, mungkin biasanya pada seminggu awal raya masyarakat kota khususnya mula berpusu pulang ke kampung masing-masing jadi tidak sempat menziarahi jiran dan kawan-kawan , jadi selepas pulang dari kampung biasanya bermulalah majlis rumah terbuka khusus untuk jiran dan kawan-kawan sekerja. Maklumlah puasa 30 hari jadi Hari Raya juga telah menjadi ‘trend’ dirayakan selama 30 hari di bulan Syawal ini. Apa pun majlis rumah terbuka adalah sesuatu yang baik kerana ia dapat mengeratkan silaturahim.Namun begitu, setelah mendapat title "perantau" sekarang ini, masih belum mendapat jemputan rumah terbuka. Kemungkinan ada selepas ini. Tunggu dan lihat
Bagaimana? Kamu juga sedang merancang untuk mengadakan majlis rumah terbuka atau akan kerumah terbuka ?, sekiranya sedang merancang dan akan mengadakan ia adalah sesuatu yang baik, tetapi pandailah - pandailah menjaga adab ketika berhadapan dengan orang ramai.Janganlah pula sampai tahap "melantak"
16 Mac 2024 Medina Day 76
8 months ago
1 comment:
tuan dijemput untuk menghadiri rumah terbuka yayasan aziz pada hari sabtu pkl 12 tgh di tasi ttwangsa dan rumah terbuka tranungkite kawasan central pada pkl 2 pm di tasik perdana bagi melengkapkan diri sebagai perantau
Post a Comment