Beberapa hari sebelum aidilfitri menjelang di bandar Kuala Terengganu, orang ramai kelihatan penuh di bank2 sehinggakan terpaksa berbaris panjang. Pengguna mahu berbelanja sakan menjelang Aidilfitri. Rayalah sepuas-puasnya biarpun duit habis asal gaya tetap mencacang.Jika diperhatikan lepas Aidilfitri pula bank2 kelihatan lenggang kemungkinan, ada antara kita tidak berani melihat baki wang simpanan dalam akaun bank. Kenyataan yang perlu dihadapi mungkin tidak akan menenangkan hati - sama ada baki wang tidak mencukupi untuk bertahan hingga akhir bulan atau lebih menakutkan, tiada langsung baki simpanan.
Begitulah impak Aidilfitri yang hadirnya setahun sekali. Ramai pada mulanya sakan menyambut Hari Raya penuh bergaya. Sejak bulan puasa lagi hingga berlarutan kepada beberapa minggu pertama Syawal, wang tidak putus-putus keluar dari dalam dompet. Pengguna lazimnya tidak begitu memikirkan soal perancangan kewangan pada musim perayaan. Disebabkan itulah perbelanjaan menjadi tidak terkawal atau berlebihan pada musim begini. Sudahnya lepas Aidilfitri pokai segala-galanya hinggakan terkangkang!
1 comment:
sudahkan anda menyemak akaun bimb biasiswa anda? Tarikh wang dimasukkan ke dalam akaun pemegang biasiswa adalah samada 4hb, 8hb atau 12hb. Good Luck dan ingat janji kita tak balik minggu depan
Post a Comment