Thursday, October 30, 2008

Pemilihan Kepemimpinan

Sekarang ini negara kita digemparkan dengan pemilihan pemimpin yang dilakukan oleh sebuah parti pemerintah. Pelbagai reaksi yang kita dapat lihat sama ada reaksi positif mahupun negatif untuk memenangi pelbagai jawatan. Namun ada juga pemimpin yang mendapat pertolongan Allah S.W.T iaitu:
Pemimpin yang Allah janjikan bantuan kepada mereka itu adalah ‘mereka yang mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang munkar‘.
Didatangkan lagi ayat Allah dalam surah Al Baqarah bilangan ayat ke 124 berbunyi:
Berkata Allah (kepada Ibrahim), ‘Sesungguhnya Allah akan menjadikan kamu Imam (pemimpin) untuk manusia’. Berkata Ibrahim, ‘Dan juga dari keturunanku.’ (Berfirman Allah), ‘Janji-Ku tidak akan diberikan kepada mereka yang zalim‘.
Sekali lagi Imam Qartubi dalam Al Jamik li Ahkamil Quran berkata, “Ayat ini (iaitu al-Baqarah ayat 124) merupakan dalil bagi satu jemaah ulama Islam bahawa pemimpin-pemimpin mestilah dari golongan yang adil, ihsan dan mulia…..Adapun yang fasiq dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin“ Justeru kita sebagai rakyat marhaen mestilah ternanti-nanti pemimpin yang hebat, karisma akan muncul untuk menyelamatkan umat manusia dari segala kemelut yang melanda mutakhir ini. Contohnya Ketika ingin menggerakkan kapal terbang, juruterbang terbaik dipilih bagi menjamin keselamatan penumpang dan krew kapal, tidak lupa si juruterbang yang dipilih. Maka dalam konteks memilih pemimpin ia sudah pasti lebih dituntut lagi kerana isunya adalah lebih besar dan kesannya lebih meluas.”Takbir, Reformasi, Hidup Melayu, Makkal Sakti”

3 comments:

Pakwar said...

Sesiapa yang meminta-minta untuk menjadi pemimpin sedangkan masih ada orang lain yang layak maka Allah akan menyusahkan pemerintahan mereka. Bagaimana dengan kes makkhal sakhti, reformasi, takbir dan pakatan rakyat, kita bukan gila kuasa tapi kita nak ambil kuasa daripada orang gila.

ARIN said...

berhati2 semasa memilih pemimpin kerana akan dipersoalkan dihadapan Allah setelah seseorg itu mati..Pemimpin yg dipilih inilah yg akan kita cari semasa diakhirat nanti.Siapakah yg kita nak cari di akhirat nanti?Jgn lupa bahawa kita juga adalah pemimpin kpd rakyat kita iaitu "7 anggota badan" tangan, kaki, mata, telinga, lidah, mulut dan perut.

ARIN said...

Good luck utk demo weh..Study study gok, discuss discuss gok tp jgn lupa utk menenangkan diri dgn aktvt bersosial yg menyeronokkan..