Thursday, October 23, 2008

Demam Peperiksaan

Bagi pelajar2 IPKUM minggu depan bermulalah "minggu mentelaah" maka bermulalah era demam peperiksaan.Demam peperiksaan menjangkiti semua pelajar . Ia turut dirasai oleh isteri atau suami dan semua orang yang berkepentingan .Mabuk demam peperiksaan ada baiknya untuk kamu . Ia akan mendorong ke arah kewaspadaan dan kerja kuat bagi menghadapi hari peperiksaan . Bersiap sedia . Ghairah dan tekun adalah senjata
Demam peperiksaan , tidak perlu diubati . Kecuali jika membawa kepada gejala sakit kepala , tekanan dan gelisah yang keterlaluan , sehingga menjejaskan diri . Ubatnya ialah tidur sekejap , menarik nafas panjang , berjalan-jalan , minum air , mandi , membaca Al-Quran , bercakap dengan isteri atau suami dan mengingati sesuatu yang indah yang pernah kamu alami .Sebaiknya , biarlah demam peperiksaan menghangatkan semangat juang kamu dan menguatkan azam untuk berjaya dengan baik . Untuk diri sendiri , ibu bapa , keluarga , baik guru dan sekolah .Katakanlah "Aku datang . Aku tidak takut . Aku berhak untuk mencuba . Aku belajar dengan penuh insaf dan sedar bahawa tidak ada jalan mudah untuk berjaya . Aku tidak akan menyerah kalah , malah aku yakin bahawa kejayaan adalah milikku".
Ringkasnya , demam peperiksaan amat baik untuk semua . Ia menyedarkan yang lalai . Ia mendorong ke arah kerja kuat dan bersiap sedia. Tapia was! Pastikan asgment yang berkaitan mestilah dilangsaikan terlebih dahulu. Selamat Demam Peperiksaan Buat Sahabatku!

4 comments:

Pakwar said...

Saya berpengalaman selama bertahun dalam peperiksaan dan hari ini saya berkongsi tips untuk atasi demam peperiksaan:
1. Kita mestilah well-prepared dengan apa yang kita pelajari dari segi konsep. Memahami konsep akan membantu kita menjawab peperiksaan dengan lebih tenang.
2. Kita mestilah mempunyai keyakinan yang tinggi. Jika kita takut dan risau maka hormon yang ada dalam tubuh kita akan menggangu prose pemikiran kita.
3. Kita mesti berfikiran bahawa kita adalah prof serba tahu yang sedang akan mengahdiri satu majlis penerangan di mana tetamu semua begitu berminat dengan apa yang kita ingin sampaikan.
4. Jika anda tidak dapat buat nombor 1 di atas, jangan bercakap tentang yang lain.
Untuk En Jubah Hitam, anda boleh , jangan biarkan ia menjadi anda mana boleh.

ARIN said...

demam peperiksaan adalah stress yg tnpa disedari mendorong kita utk motivasi diri mentelaah bg mendapatkan yg terbaik...........kdg kala hidup memerlukan stress tp jgn stress yg keterlaluan kerana bole meningkatkan tekanan pada jntung..selamat mengulangkaji

ARIN said...

kelik kampung dok dang nak update blog ka?hehe...ke duk makang kepok getang?slmat beristirehat sempena rakan-rakan kita menyambut deepavali...BLOGREADER

Unknown said...

sayapun tengah demam , dah dua kali masuk dewan exam, fuuh lagi 3 subjek, lepas tu boleh la join kelas nyanyi. good luck to u