Monday, September 29, 2008

Berzakat dan Bersolat Hari Raya

Esok Umat Isalam akan menyambut kedatangan 1 syawal. Maka perlu diingati bahawa Satu lagi kefarduan yang mesti ditunaikan adalah membayar zakat fitrah. Jangan menunggu sehingga saat akhir pada pagi sebelum solat hari raya baru terhegeh-hegeh hendak membayarnya. Tunaikan seawal mungkin supaya rukun Islam keempat itu dijelaskan.

Ibnu Abbas menyatakan: "Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang- orang miskin". (Riwayat Abu Daud).

Kelewatan menunaikan zakat menyebabkan ia tidak diterima dan hanya dianggap sedekah yang perlu diqada pada tahun berikutnya.Sememangnya zakat fitrah biasanya jarang orang Islam yang culas membayarnya, tetapi bagaimana pula dengan zakat wang simpanan, gaji, saham, emas, perniagaan? Tepuk dada jawablah sendiri!

Solat sunat Hari Raya

Dalam banyak amalan solat, mungkin solat Hari Raya paling digemari oleh semua Muslim. Sebabnya walaupun ada di kalangan umat Islam yang tidak cukup solat fardu lima waktu sehari dan solat Jumaat pun hanya sekali-sekali, namun solat Hari Raya tidak pernah ditinggalkan. Pelbagai peringkat umur dan lapisan umat Islam meliputi kaum lelaki, perempuan, kanak-kanak, tua, muda, gadis mahupun janda yang pergi. Jom kita ke masjid esok bagi memeriahkan lagi Temasya Aidilfitri tahun ini. Jangan lupa jemputlah non muslim bertandang ke rumah menikmati juadah sambil mempereratkan perpaduan kaum. Bereh boh!!

No comments: