Thursday, July 9, 2009

Cuti Pertama Selepas Bertugas

Hari ini Jumaat- 10 Julai 2009 JH bercuti sambil melaksanakan aktiviti biasa seperti dahulu iaitu bangun awal dan pergi jogging 8km sekitar pantai Batu Buruk dan Bandar Kuala Terengganu. Selepas jogging bermain internet sambil menunggu isteri beli roti canai. Selepas itu bersarapan 1 biji roti telur dan 2 biji roti kosong bersama teh tarik. Alangkah leganya pemikiran sekarang ini tanpa dibebani tugas-tugas di sekolah seperti dahulu sebelum sambung pengajian. JH juga merasa sayu apabila mengingati suasana dahulu iaitu apabila sahaja hari Jumaat maka rasa gembira kerana dapat mengikuti kuliah yang santai bersama Dr Chua (penyelia kesayanganku). Selepas itu bersama Pak War n The Gang sembahyang Jumaat dan mengikuti seminar pada sebelah petang. Selepas tamat seminar JH selalu mengikuti delegasi Pak War selaku Presiden Kohort 9 mengiringi penceramah sambil menikmati jamuan ringan. Balik Kondo Putramas dan bersiap-siap untuk ke Hentian Putra untuk balik kampung. Naik bas terus tidur dan sampai di rumah jam 5.15 pagi sabtu. Begitulah rutin JH setahun yang lalu, kenangan itu mengamit seribu kenangan manis bersama rakan-rakan kohort 9. Mudahan berjumpa lagi semasa Pesta Konvokesyen UM tahun ini. InsyaAllah.

4 comments:

Nana Tanjung said...

Hari pertama cuti selepas cuti, kawe dan rakan2 sekolah pada paginya ke dusun durian di Hulu Besut. Sebelah petang nanti akan ke Gua Ikan di Dabung dan Gunung Stong. Ada program sekolah di sana.

Yati Wahab said...

Hemmm....bestnya jogging kat tepi pantai...

saya juga dah mula start morning walk...berlatih nak kejar budak he..he..

Pakwar said...

semoga JH akan menyertai Marathon pertama 2010 nanti

cikguparizan said...

Kawe juga turut merindui suasana tu.