Wednesday, March 25, 2009

kelebihan ber madu

FIRMAN DAN HADIS

Anda tentu sedia maklum ALLAH S.W.T telah memberi kelebihan kepada lebah dengan kekuasaannya mengeluarkan madu asli dari perutnya memberi manfaat dan berkhasiat kepada setiap manusia menggunakannya.
Firman ALLAH di dalam AL-QURAN. Surah AN-Nahl ayat 68-69 yang bermaksud:- Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah "Hendaklah engkau membuat sarang di gunung-ganang, di pokok-pokok kayu dan juga bangunan-bangunan yang di dirikan oleh manusia. Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau suka, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu. Dengan itu akan keluar minuman (madu) yang berlainan warna dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada (yang demikian itu ada tanda kemurahan ALLAH) bagi orang-orang yang mahu berfikir"
DARI HADIS NABI S.A.W, RIWAYAT MUSLIM
Daripada Abu Said Al'Kudri r.a katanya, Seorang lelaki telah datang kepada RASULLULAH S.A.W lalu ia berkata. "Saudaraku sakit perut sehingga dia buang-buang air". Sabda RASULLULAH S.A.W, "Minumlah madu kepadanya" Lalu diminumkan madu kepadanya. Kemudian dia datang balik kepada RASULLULAH S.A.W, "Telah ku minumkan madu kepadanya tetapi sakitnya bertambah". RASULLULAH S.A.W pula menyuruhnya meminumkan madu supaya berulang tiga kali. Dia datang lagi untuk kali keempat. Nabi S.A.W terus menyuruhnya supaya meminum madu. Kata orang itu, "Aku telah menyuruhnya meminumnya Ya RASULLULLAH, namun sakitnya bertambah juga. Sabda RASULLULLAH S.A.W, "ALLAH MAHA BESAR, perut saudaramu itulah yang dusta. Lalu diminumnya juga madu, maka sembuhlah saudaranya.

1 comment:

Pakwar said...

manisnya madu tapi sayang kerana melayu memperkenalkan imbuhan maka jadilah bermadu yang tidak disukai oleh para wanita.