Wednesday, September 30, 2009

Batu Asas


Selepas selesai menunaikan ibadat puasa dan menyambut 1 Syawal maka JH telah meletakkan batu asas bagi pembinaan sebuah rumah idaman sementara berada di dunia yang fana ini. Program dimulai dengan bacaan tahlil dan doa selamat oleh ayah mentua JH. Antara yang terlibat adalah kedua-dua orang tua yang memberi restu pembinaan serta beberapa orang tukang rumah yang akan terlibat dalam menjayakan teratak JH.JH telah memilih bekas tapak kediaman nenek JH yang telah kembali ke rahmatullah pada Jun 1997 yang lalu. Mudah-mudahan rohnya ditempatkan ditempat orang yang soleh dan beriman,insyaAllah. Panggilan "Cik Din" akan sentiasa kekal dalam ingatan JH sehingga akhir hayat.Al Fatihah.

3 comments:

Pakwar said...

pastikan kediaman JH akan sentiasa dirahmati melalui jemputan tetamu ke rumah selalu.

Yati Wahab said...

nanti kalu dah siap jemput le kita g rasmi teratak JH

Dagang said...

Pekabar bro,,jgn lama sgt duk situ nanti pacat naik