Kebiasaannya apabila tiba sahaja waktu cuti sekolah maka penduduk tempatan agak sukar untuk membeli keropok. Hal ini berlaku kerana begitu ramai pelancong dari luar Terengganu yang datang melawat ke destinasi yang menarik sambil singgah untuk membeli keropok. Namun begitu, sejak seminggu lepas JH mendapati kedai-kedai keropok ada yang ditutup, terdapat juga yang dibuka namun tiada pelanggan. Rupa-rupanya sebahagian keropok telah dijangkiti kuman kolera. Setelah heboh dalam media massa maka amat menakutkan golongan pengemar keropok untuk menikmatinya seperti biasa
Kementerian Kesihatan telah mengenalpasti beberapa punca yang menyebabkan berlakunya penularan penyakit taun di Terengganu, antaranya penggunaan ikan yang dicemari kuman 'Vibrio Cholera' untuk membuat keropok.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata keputusan makmal mendapati sampel ikan yang diambil daripada dua kilang keropok di negeri ini didapati positif terhadap kuman Vibrio Cholera, kemungkinan berpunca daripada ikan yang dicemari kuman itu yang dibawa masuk dari Thailand.
Walaupun segelintir keropok dicemari dengan kuman taun namun kesannya hampir keseluruhan kepada pengusaha keropok. Pengusaha keropok hanya mampu mengeluh dengan fenomena yang melanda ini, namun sejak akhir-akhir ini pula terdengar pengusaha keropok mahu mengambil tindakan undang-undang kepada Kementerian Kesihatan yang memberi kenyataan sebelum ini yang mengakibatkan kerugian besar kepada pengusaha keropok. Wajarkah tindakan undang-undang diambil?