Tuesday, November 3, 2009

KUDAP SMKA Durian Guling



Pihak kerajaan telah memperkenalkan dasar latihan sumber manusia sektor awam yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2005. Matlamat dasar latihan ini adalah untuk pembangunan sumber manusia sejajar dengan kehendak yang terkandung dalam dasar wawasan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan cemerlang menjelang tahun 2020.

Bagi menyahut saranan ini, maka pihak sekolah SMKA Durian Guling telah mengadakan kursus KUDAP di Mid Town Hotel, Kuala Terengganu pada 31 Oktober 2009(Sabtu). Tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Menangani Stres. Kursus ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada 2.00 petang. Kursus ini diharapkan dapat merapatkan perhubungan antara guru serta staf sokongan dalam usaha membina pasukan kerja yang berkesan.

3 comments:

Pakwar said...

MCM TAK SAMA JER OBJEKTIF LDP YG DIJALANKAN DGN OBJ JUBAHHITAM.

Yati Wahab said...

kenapa semua nampak boring je...

saya nampak JH makin matang la...

CRoiMan said...

macam nak tido aje jubah hitam...