Saturday, October 17, 2009

Gengsterisme

Biasanya di sekolah-sekolah yang bukan pilihan utama selalunya terjebak dengan masalah gengsterisme. Ini bukanlah bermakna sekolah-sekolah pilihan sifar dengan masalah gengsterisme, namun ianya taklah ketara sangat.Ancaman gengsterisme memang menggemparkan. Mengapakah setelah 50 tahun negara ini merdeka, masih wujud kegiatan jenayah seteruk ini? Adakah kerana kurangnya ilmu pengetahuan? Adakah kerana sifat amarah , ego dan memberontak yang melampau.

Kemungkinan jenayah gengsterisme ini wujud akibat terlalubanyak "masalah"dalam diri seseorang atau tidak kurang juga yang mahu menunjuk kekuasaan. Jenayah gengsterisme ini menunjukkan mentaliti dan moral mereka yang terlibat masih berada pada tahap yang menyedihkan. Hanya kerana terlalu ghairah mengejar kemewahan dan kekuasaan , mereka sanggup mengetepikan segala sifat kemanusiaan.

Sebenarnya, terdapat pelbagai kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak yang terlibat untuk membentreras jenayah gengsterisme ini tetapi masih belum berkesan.Lebih parah lagi, pengaruh gengsterisme sekarang mula menular dalam kalangan pelajar sekolah. Maka, sebelum terlambat, tindakan yang drastik dan menyeluruh perlu segera dilaksanakan.Bagaimana dengan gejala ini di sekolah anda?

2 comments:

Dagang said...

Nak minta tips dari jubah hitam untuk menangani masalah disiplin dlm kelas..silap2 denda parents datang kat sekolah.

Pakwar said...

masalah JH punyer artikel baru tak keluar dalam ajehe. Gangsterime berlaku di mana-mana hari ini kerana tidak perasan takut dalam kalangan mereka. Mengapa? Allah tidak menjamin kerahmatan dan keselamatan jika kita gagal patuh kepada suruhannya