Thursday, December 24, 2009

Hiruk- pikuk PMR

Pagi-pagi lagi JH telah ke SMKA DG untuk meninjau suasana pengambilan slip peperiksaan dikalangan pelajar-pelajar. Suasana nampaknya begitu ceria dengan kehadiran pelajar-pelajar yang mengambil slip memakai pakaian yang berbagai ragam. Pelajar puterinya memakai baju kurung dan bertudung berfesyen - hilang identiti sekolah (tudung labuh) begitu juga pelajar-pelajar putera yang datang dengan memakai jeans tanpa memakai songkok. Sesungguhnya faktor persekitaran memainkan peranan yang lebih penting daripada faktor sekolah dalam membentuk identiti dikalangan pelajar.

Keputusan PMR kali ini agak baik dengan peningkatan melebihi 100% yang mendapat 9A, tetapi yang begitu mengecewakan seramai 30 orang pelajar yang mendapat E dalam Bahasa Arab.InsyaAllah pada tahun depan warga sekolah SMKADG akan terus berusaha untuk memperbaiki lompang-lompang yang ada untuk meningkatkan lagi prestasi dalam peperiksaan awam.

Ada yang gembira dan tak kurang juga yang berduka dengan keputusan yang diperolehi, namun itulah realiti kehidupan.

3 comments:

Unknown said...

bahasa arab tidak diberikan perhatian oleh kpm. mana ada bincang peningkatan penguasaan bahsa arab, dok rok nanang

Yati Wahab said...

Tahniah kepada yang berjaya...

Kejayaan dan kegagalan juga bukan diwarisi ia bergantung kepada usaha kita semasa...


Nampaknya subjek BI dan BA menurun seluruh negara...

Dagang said...

Subjek bahasa merupakan kemahiran,apabila disebut kemahiran langkah untuk menguasainya adalah dgn menggunakannya selalu.

sekiranya tidak digunakan, akibatnya kemahiran tersebut akan lesap begitu sahaja.