Friday, December 4, 2009

Rezeki Musim Banjir


Tanggal 5 Dec, JH telah pergi ke pasar tani dan bertemu rezeki yang telah sekian lama dicari-cari- ikan keli sawah. JH terus membelinya kerana amat sukar ditemui sekarang ini. Ikan keli sawah menjadi hidangan yang begitu menyelerakan semasa JH menjadi "budak kampung" 30 tahun yang lalu. Sekarang ini ikan keli boleh didapati dimana-mana tempat kerana ianya menjadi peliharaan manusia dengan memberi makan makanan dalam bentuk organik dan perut-perut haiwan.Harganya pun murah cuma rm6 sekilo berbanding keli sawah yang hanya muncul pada musim banjir sahaja dengan harga rm14 sekilo.Tentunya rasanya juga berbeza apabila harganya turut berbeza - sudah tentu!. Keli sawah tidak mempunyai lemak yang banyak seperti keli peliharaan dan apabila dimasak dengan gulai berempah, memang begitu mengiurkan.

Pada musim banjir ini juga didapati makanan yang tidak berapa popular pada musim yang lain menjadi popular pula sekarang seperti pelbagai jenis ubi. Ubi-ubi ini sangat enak direbus atau disira dan diminum pula dengan kopi o panas semasa hujan lebat yang mencurah-curah. Ianya tidak dapat digambarkan betapa nikmatnya ketika itu. Pada musim banjir juga penjual ubi boleh memperolehi pendapatan antara rm200 -rm500 sehari hasil menjual pelbagai ubi berbanding hari-hari biasa, nak dapatkan rm20 sehari pun sangat sukar. Itulah musim banjir, disaat-saat segelintir manusia merasai penderitaan tetapi masih ramai pula yang diberi rezeki yang melimpah ruah hasil kedatangan musim banjir ini. Begitulah agungnya Allah S.W.T membuat sesuatu perkara terhadap alam ini. Syukur!!

5 comments:

Pakwar said...

ikan keli sawah turut sama memakan racun padi so be careful JH

Yati Wahab said...

dolu2 mak kita gulai daun kadok...yg makan ayah dan ma je...kita make ikan puyu goreng garing ...sedap...

ingat jo masa dok kampung ayah bila banjir air yang penuh kat sawah padi kita kata laut...mandi macam dalam kolam renang...berenang atas batas padi...rindu suasana tu..

norhayatirahman said...

musim banjir naik perahu g tangkap belalang kunyit yg kesejukan kat pucuk padi...goreng dan makan dengan pulut + air kopi...sodap

Dagang said...

Kat Kedah ni, ramai org skrg ni duk mancing puyu. ada jgk 'ikan sepat benua'.saiznya besaq jgk dr sepat biasa. biasala tahan tauk tepi sawah dpt ikan wan.

Nana Tanjung said...

Kat besut keli sawah RM 10 je sekilo.