Tanggal 15 Disember 2009 maka genaplah 40 minggu bayiku berada dalam kandungan perut ibunya. JH telah menghantar isteri ke hospital pada pukul 1 pagi dan memasuki dewan bersalin pada pukul 2.30 pagi. Tepat pukul 3.00 pagi maka JH telah dikurniakan seorang lagi zuriat yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T untuk dijaga dengan baik dan memberi pendidikan terbaik sesuai dengan akhlak-akhlak keislaman. JH telah menyaksikan sendiri proses kelahiran dari mula hinggalah ke peringkat akhir. Ianya begitu menakjubkan dengan kehebatan kejadian yang Allah S.W.T tetapkan. Apabila dilahirkan, bayiku terus menyusu dengan ibunya -hebat sungguh ciptaan tuhan, bagaimana bayi yang sekecil itu menghisap susu - tak ada siapapun yang ajarnya termasuk guru JUSA C tapi bayi berkenaan boleh menyusu dengan seronoknya. Hebat-hebat kuasa Allah S.W.T. Alhamdulillah syukur kepada Yang Maha Esa.
5 comments:
Man,,nama apa nak bg nama anak hang?
tahniah...
lagi hebat kuasa tuhan penat pun menjadi...
awang ko mek?
harap ada seorang hafiz/hafizah drp zuriat demo
Tahniah!kalu mek boleh wi nama rahimah kalu awe wi nama husein
Ore dapor ke ore balai?
Post a Comment