
Kain cindai bawa berjalan
Buat mengibas nyamuk dan agas
Rajin dan tabah dalam bersukan
Minda cerdas jasmani cergas
Mesyuarat jawatankuasa telah diadakan pada 5 Mac dan berakhir dalam keadaan baik walaupun terdapat beberapa isu hangat (pemecatan setiausaha).
Tahun 2009 kelab telah mengadakan beberapa program :
1-Hari cakna Gym perkasa Kuala Terengganu
2-Program lawatan Mr. Malaysia di Johor Baharu
3-Program jelajah cergas
4-Majlis hari raya
5-Armsport cabaran Giant 2009
Mesyuarat bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 6.15 petang. Mudah-mudahan kelab akan berkembang maju seiring dengan slogan "Majulah sukan untuk negara"

Sebahagian AJK yang berdedikasi

Naib Pengerusi menyampaikan Visi Jabatan Belia Negeri Terengganu kepada ahli jawatankuasa

Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu turut hadir
Sayang Terengganu sungainya jernih
Tempat laluan sampan dan kolek
Segar jasmani jiwa bersih
Aktiviti sukan amalan yang baik
3 comments:
nampak terserlah penampilan sbg pegawai belia, bukalah kelab gym di SMKADG, lentur buluh dr rebung
hebat demo..ganu kite
Dah jadi NP KGM lepas ni fit le...
Post a Comment