Wednesday, June 30, 2010

Pertandingan Mr Gym Rakyat 2010




Tanggal 10 Jun 2010, Pejabat Belia Kuala Terengganu telah melantik JH untuk menjadi pengurus bagi mengelola peserta-peserta yang akan bertanding dalam pertandingan Mr. Gym Rakyat 2010 bagi pihak Negeri Terengganu.JH telah bertolak ke South City Plaza, Seri Kembangan, Selangor pada 11 Jun dan menginap di Kolej 12, Universiti Putra Malaysia. Kategori yang dipertandingkan ialah :
i. Berat Badan Atas 75kg
ii. Berat Badan 65kg – 75kg
iii. Berat Badan Bawah 65kg
iv. Kategori Bakat Baru
v. Kategori Junior (Umur bawah 21 tahun)

Peserta yang bertanding hanyalah 3 orang sahaja, manakala yang dapat ke pusingan akhir hanya 2 orang sahaja. Walaupun tidak menjadi johan, namun peserta-peserta telah didedahkan dengan pengalaman naik ke pentas dengan muka selamba sahaja. kahkahkah

2 comments:

Pakwar said...

JH kena bubuh isi sikit kat lengan untuk kekalkan jawatan ..

abgjan.com said...

Tahun depan JH pulak.
peserta pertama tutup aurat dr trengganu.
Ajehe wakil klate.