Wednesday, April 11, 2012

Misi Kemanusiaan Ke Vietnam


Airport Sultan Mahmud

Pihak pengurusan SMK Sultan Sulaiman telah mengadakan misi kemanusiaan dan jaringan komuniti ke Vietnam pada 04 hingga 07 April 2012.Terdapat anggota pengurusan SS yang membawa pasangan masing-masing ke sana.


Tiba di Vietnam

Semasa tiba di Vietnam, pihak imigresen telah menyelongkar kotak-kotak yang berisi Al-Quran, Yassin dan Muqaddam untuk diagihkan kepada masyarakat islam di perkampungan Champ. Namun seorang muslim Cham yang kebetulan mahu pulan ke kampung halamannya telah memberi penerangan kepada pihak imigresen Vietnam. Sebenarnya kerajaan Vietnam mengawal kemasukan risalah-risalah islam ke bumi Vietnam. Namun dengan pertolongan Allah S.W.T perkara ini berjaya diselesaikan dengan baik.


Pasar Ben Thanh

Sebelah malam, kami menikmati makan malam di restoran Season. Selepas balik ke hotel kami ke pasar malam yang berdekatan yang menyaksikan pelbagai budaya dan ragam penjual-penjual Vietnam menarik pelanggan agar membeli barangan di kedai-kedai mereka.


Bersama Masyarakat Muslim Champ

Hari kedua, selepas sarapan dihotel(Tan Hai Long), lawatan ke sekolah agama di Masjid Duong Ba Trac. Makan tengahari di Restoran Shamsudin. Seterusnya melawat ke Reunification Palace dan Notre Dame. Petang membeli belah di Ben Thanh,butik Vi Anh yang menjual pakaian muslim. Makan malam di Restoran Satay House. Balik ke hotel beristirehat.

Terowong Cu Chi
Hari ketiga, sarapan di hotel, lawatan separuh hari ke Terowong Cu Chi. Makan tengahari di Restoran Satay House. Petang membeli belah di Ben Thanh market. Makan malam di restoran VN Halal. Selepas itu membeli belah di pasar malam Vietnam dan beristirehat di hotel.

Berangkat Pulang
Hari keempat, selepas sarapan , rombongan bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat untuk penerbangan pulang. Masyarakat Vietnam merupakan masyarakat yang peramah dan begitu berhemah apabila berada di jalanraya.

2 comments:

Pakwar said...

alhamdulillah, kerja-kerja kemanusiaan yang berlandaskan kehendak Islam akan mendapat kemudahan dari maha Pencipta... Tahniah! Jangan lupa bawa kawe gi pulok

nazreenns said...

Well Done. Moga apa yang dilihat, dipelajari dan dikongsi akan dapat diaplikasikan yang mana sesuai.