Thursday, April 30, 2009

Ganjaran Exam

Tanggal 29 April 2009 tamatlah exam untuk bakal-bakal Mprin di IPK. Sewbagai memberi ganjaran kepada otak yang berserabut memikirkan kaedah mempersembahkan jawapan maka malamnya bersama En Pakwar n En Nik bersama Dato' Hussen Tok Dad telah sama-sama memberi kerehatan minda menonton Teater Mahsuri di Istana Budaya. Sangat menakjubkan persembahan artis-artis teater berkenaan. Saya tidak pernah menonton teater dan tidak minat langsung akhirnya terpaut dengan persembahan teater berkenaan dan secara rasminya telah menjadi peminat teater. Berikut adalah sinopsis teater berkenaan :
Mahsuri gadis cantik kelahiran Langkawi. Dara pingitan Pandak Maya dan Mak Andam. Cantik jelitanya menjadi buah mulut dan kecemburuan terutamanya kaum wanita. Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Darus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wan Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura. Hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Darus keluar meninggalkan Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam. Sepeninggalan beliau, Mahsuri tinggal bersama ibu bapanya. Deramang, seorang kembara telah singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi dan ibu bapa Mahsuri, sehingga mempelawa Deramang tinggal di rumahnya. Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri melakukan hubungan sulit dengan Deramang. Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekermajaya setelah termakan hasutan isterinya. Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat untuk dijatuhkan hukuman. Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa. Sebelum matinya Mahsuri telah menyumpahi Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan. Wan Darus pulang dengan kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim meninggal Langkawi.Selamat Menonton!

Tuesday, April 14, 2009

Pemanasan Global di Kuala Terengganu


Cuti seminggu di rumah sekarang ini memberi kesan yang sangat hebat. Kawasan Kuala Terengganu mengalami cuaca yang sangat panas seperti padang pasir.Kesan fenomena pemanasan global semakin ketara kelihatan.Kesannya bukan lagi bersifat setempat seperti sebelum ini tetapi melangkau skala yang lebih besar. Misalnya tiada siapa yang menyangka Negeri Johor (gerombolan) boleh mengalami banjir besar suatu ketika dahulu.Selain itu, pakar meteorologi dan alam sekitar tempatan meramalkan bahawa beberapa buah bandar di negara ini yang terletak dikawasan tanah rendah iaitu Kelang, Pekan, Kuala Muda, Kota Bharu bakal ditenggelami air secara kekal 50 tahun lagi akibat peningkatan aras air laut. Dimana kawanku ketika itu En. Ajehe akan tinggal?
Mungkin fenomena pemanasan global ini merupakan "kempen" terbaik untuk menyedarkan semua pihak betapa seriusnya pencemaran alam sekarang. Hal ini demikian kerana jika diteliti skala kemusnahan yang bakal dialami akibat pemanasan global, orang yang paling jahil pun boleh berfikir bahawa sesuatu harus dibuat untuk menyelamatkan keadaan. Pemimpin negara mesti cakna hal ini.

Monday, April 13, 2009

Sidang DUM Terengganu

Sebelum ini selalu diwarwarkan bahawa akan berlaku undi tak percaya kepada MB Terengganu. Berita ini tersebar luas dalam internet dan kedai-kedai kopi. Namun apabila tiba hari bersidangnya DUN tidak berlaku perkara yang dijangka. Maka itulah berita dari internet dan kedai kopi tidak boleh dipercayai cuma untuk alunan halwa telinga sahaja. Apa pun, syabas diucapkan kepada speaker dan MB Terengganu yang dapat mengendalikan sidang DUN dengan baik sekali.

Monday, April 6, 2009

kAEDAH BERBEKAM




1) BEKAM DARAH

Kaedah ini dapat menyedut lebih 200 jenis penyakit didalam badan.Kepada pesakit yang mengalami migrain dan resdung,dalam 2 kali sesi bekam masalah anda akan selesai 100%,insyaAllah......

2) BEKAM ANGIN

Kaedah ini pula dapat menyedut angin-angin dalam badan serta membuatkan tubuh kita segar sentiasa dan dapat menghindari kelesuan badan

Thursday, April 2, 2009

PM Malaysia


Hari ini sejarah negara tercipta lagi. Dato' Seri Najib Tun Razak secara rasminya telah diperkenankan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Maka lengkaplah teori "RAHMAN" dalam sejarah kepemimpinan negara. Dato Seri Najib sememangnya merupakan seorang yang hebat dan bertuah, dilahirkan dalam keluarga bangsawan dan pernah menjadi ahli parlimen dan Menteri Besar termuda dalam pentadbiran negara. Beliau telah dicalonkan untuk menjadi PM oleh mantan PM Dato Seri Abdullah Badawi. Dalam sejarah pentadbiran Dato Seri Najib didapati beliau banyak memberi kebajikan kepada golongan rakyat contohnya semasa menjadi Menteri Pendidikan, beliau telah menaik tarafkan sijil perguruan kepada taraf diploma. Begitu juga semasa menjadi Menteri Pertahanan banyak nikmat yang diperolehi oleh golongan tentera. Namun harapnya agar semasa menjadi PM ke 6 beliau akan dapat meningkatkan lagi taraf hidup rakyat seluruhnya. Mudah-mudahan Malaysia akan menjadi aman, makmur dan gemilang dibawah pemerintahan Dato Seri Najib Tun Razak. Syabas Dato' Ser!

Wednesday, April 1, 2009

Saat-Saat Akhir

Hari ini adalah hari terakhir untuk minggu ini belajar di IPK UM. Minggu depan pula minggu akhir. Assigment masih ada 4 lagi yang belum disiapkan, semua assigment kumpulan. Lepas itu pula "study week" diikuti exam dan bermulalah era semester khas. Masa itu mungkin akan sukar untuk bertemu kawan-kawan lagi sebab membawa haluan masing-masing untuk menyiapkan kertas projek. Walaupun pembelajaran agak "menyesakkan" tetapi banyak kenangan manis yang diperolehi daripada pembelajaran yang "menyesakkan" itu.Mudah-mudahan aku dan kawan-kawan dapat harungi saat-saat akhir pembelajaran ini dengan baik.