Thursday, April 2, 2009

PM Malaysia


Hari ini sejarah negara tercipta lagi. Dato' Seri Najib Tun Razak secara rasminya telah diperkenankan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Maka lengkaplah teori "RAHMAN" dalam sejarah kepemimpinan negara. Dato Seri Najib sememangnya merupakan seorang yang hebat dan bertuah, dilahirkan dalam keluarga bangsawan dan pernah menjadi ahli parlimen dan Menteri Besar termuda dalam pentadbiran negara. Beliau telah dicalonkan untuk menjadi PM oleh mantan PM Dato Seri Abdullah Badawi. Dalam sejarah pentadbiran Dato Seri Najib didapati beliau banyak memberi kebajikan kepada golongan rakyat contohnya semasa menjadi Menteri Pendidikan, beliau telah menaik tarafkan sijil perguruan kepada taraf diploma. Begitu juga semasa menjadi Menteri Pertahanan banyak nikmat yang diperolehi oleh golongan tentera. Namun harapnya agar semasa menjadi PM ke 6 beliau akan dapat meningkatkan lagi taraf hidup rakyat seluruhnya. Mudah-mudahan Malaysia akan menjadi aman, makmur dan gemilang dibawah pemerintahan Dato Seri Najib Tun Razak. Syabas Dato' Ser!

No comments: