Wednesday, April 1, 2009

Saat-Saat Akhir

Hari ini adalah hari terakhir untuk minggu ini belajar di IPK UM. Minggu depan pula minggu akhir. Assigment masih ada 4 lagi yang belum disiapkan, semua assigment kumpulan. Lepas itu pula "study week" diikuti exam dan bermulalah era semester khas. Masa itu mungkin akan sukar untuk bertemu kawan-kawan lagi sebab membawa haluan masing-masing untuk menyiapkan kertas projek. Walaupun pembelajaran agak "menyesakkan" tetapi banyak kenangan manis yang diperolehi daripada pembelajaran yang "menyesakkan" itu.Mudah-mudahan aku dan kawan-kawan dapat harungi saat-saat akhir pembelajaran ini dengan baik.

1 comment:

Pakwar said...

saat-saat akhir ibarat menunggu sakratulmaut, ibadat yang berterusan akan memudahkan keluarnya roh dari jasad. Walapun begitu, selagi nyawa tidak sampai ke kerongkong, taubat masih diterima oleh Allah SWT. Semoga Jubah Hitam akan bertambah matang dalam setiap tindakan dalam hidup. Walaupun kita mungkin tidak bersama lagi,namun perjuangan menegakkan daulah islamiah mesti diteruskan, jgn hanya menjadi penonton dan pendengar setia sahaja.