Tanggal 4 Jun 2009, kumpulan Dr Chua Yan Piaw dikehendaki membentangkan hasil dapatan kajian setelah hampir sebulan berada di lapangan. Semua kajian adalah berdasarkan kajian kepemimpinan pendidikan. Kami bertuah kerana dapat mengikuti tunjuk ajar dari Dr Chua kerana beliau merupakan seorang yang pakar dalam bidang metodologi penyelidikan di peringkat nasional mahupun international, nama beliau begitu dihormati oleh para ahli akademik.
Jubah Hitam menarik nafas lega kerana dapatan kajian dan analisis dapatan telah diluluskan oleh Dr Chua namun masih perlu diperbaiki, begitu juga dengan Nazreems. Manakala kawan-kawan yang lain juga turut diberi pengesahan analisis kajian yang sesuai oleh Dr Chua. Tahniah diucapkan kepada kumpulan Dr Chua
Jubah Hitam sedang berbincang dengan Dr. Chua
Nazreems blogger sedang berdebar-debar menunggu komen Dr. Chua
2 comments:
Tahniah juga kepada kumpulan dr chua kerana penglibatan ahli yang ramai dalam seminar en hailan.mudabs
tahniah kerana anda mendahului yang lain...bagus a great job...
Post a Comment