Monday, June 1, 2009

Terima Kasih IAB



PgNPQH Kebangsaan telah dijemput oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM dan Institut Aminuddin Baki untuk sama-sama berganding bahu dan memeriahkan Majlis Sambutan 30 Tahun IAB yang bertempat di IAB Induk, Genting Highlands bermula 15 hingga 17 April 2009. Jemputan berkenaan amat bermakna buat PgNPQH kerana ia diibaratkan seperti 'sirih pulang ke gagang' kerana kelahiran PgNPQH sendiri adalah daripada IAB, di mana ahli PgNPQH merupakan bekas graduan IAB di bawah Program NPQH (National Professionalisme Qualification for Headship). Jemputan ini juga merupakan satu penghargaan dan kepercayaan besar oleh IAB dan KPM terhadap keupayaan serta kemampuan para graduan lepasan IAB sendiri dalam sama-sama menjayakan agenda pendidikan nasional. Penglibatan pertama PgNPQH dalam program besar IAB seperti sambutan ulang tahun 30 tahun IAB ini sudah tentu akan dibalas dengan komitmen dan keiltizaman yang tinggi dalam membantu IAB menjadikan sambutan 30 tahun itu memberi impak yang besar terhadap objektif majlis. Dan apa yang lebih dibanggakan apabila ahli PgNPQH terlibat di dalam majlis berkenaan turut membuktikan bahawa kejayaan Pengarah, para pensyarah dan warga IAB dalam membentuk barisan pemimpin pelapis pendidikan telah berhasil. Terima kasih IAB.... perjuangan memartabatkan pendidikan negara setinggi puncak di IAB !

1 comment:

Pakwar said...

ingatlah Jubah Hitam, seorang pemimpin yang berkesan, salasilahnya adalah merupakan pengikut yang baik, dan sebaik-baik pemimpin ialah Nabi Muhammad SAW.