Thursday, August 13, 2009

My Convocation -UM 2009


Tanggal 11 Ogos 2009, JH telah dianugerahkan Master Of Principal oleh Universiti Tertua di Malaysia - University Of Malaya. Segala penat lelah JH akhirnya berbaloi apabila dapat menggengam erat sekeping Ijazah Tinggi setelah berusaha selama 2 tahun (setahun di Institut Aminuddin Baki dan setahun di Universiti Malaya). Majlis penganugerahan itu telah disempurnakan oleh DYTM Raja Dr Nazrin (Raja Muda Perak). Majlis berjalan lancar dan dikesempatan majlis konvokesyen tersebut JH dapat bertemu rakan-rakan kohort 9 seramai 26 orang semuanya. Alhamdulillah semuanya berjaya setelah berusaha bertungkus lumus selama 2 tahun yang lalu.


Persoalannya sekarang bagaimana mahu memberi sumbangan kepada anak bangsa bagi membalas jasa pihak Kementerian Pelajaran yang telah membiayai pengajian sepenuhnya selama 2 tahun yang melibatkan ratusan ribu duit rakyat. Mudahan Allah memberi kekuatan kepada JH untuk melaksanakan amanah berkenaan sebaik yang mungkin.

5 comments:

Vivian Woo said...

Tahniah Jubah Hitam. semoga JH berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan membangunkan nusa dan bangsa

Naser & Yati said...

Tahniah bro..moga bertambah sekolah berkesan di Malaysia suatu hari nanti..macam smk durian guling.

cikguparizan said...

Tahniah JH. Jom kita hargai duit rakyat dgn memberi sumbangan idea dan pelaksanaan dalam bidang kuasa yg kita ada. Think globally, act locally.

Pakwar said...

Tahniah JH, syarat utama untuk berjaya telah diperolehi, apa lagi yang perlu adalah walk the talk. jangan jadi NATO ( No Action Talk Only) . Good luck bro

Yati Wahab said...

Tidak kira siapa kita sumbangan dan peranan kita sangat penting dalam memajukan anak bangsa Malaysia.

tak perlu rampas kuasa...satu hari kuasa akan datang jugak... he..he kena bina networking jika ada cita-cita....keupayaan kita perlu ditunjukkan dan mantain..good luck..