Sunday, September 6, 2009

Petua Lailatul Qadar

Sebagaimana pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.- Adalah malam qadar itu berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.

Manakala petua Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk mencari malam Lailatul-Qadar adalah seperti berikut:

Jika awal ramadhan jatuh pada hari :

1- Ahad atau Rabu = malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

2- Isnin = malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan

3- Selasa atau Jumaat = malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan

4- Khamis = malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan

5- Sabtu = malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan


Berkata Sheikh Abu Hassan bahawa sejak dia mula baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas.

Maka dengan itu, insyaAllah malam qadar pada tahun ini akan jatuh pada malam ke 23 ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 12 September 2009. Walaubagaimanapun adalah diingatkan bahawa, janganlah beribadat pada malam itu sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda-tanda malam qadar ialah :

a- malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas
b- pada siangnya cahaya matahari warnanya pucat
c- pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba


*Marilah kita bersama-sama memeriahkan lagi suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada Allah S.W.T. dengan ikhlas dan penuh keimanan. Mudah-mudahan kita dapat kurniaan Allah yang kelebihan pahalanya melebihi 1000 bulan atau 83 tahun umur kita lebih kurang*. Takbir!!

4 comments:

Pakwar said...

pakwar ingin mengajak jubah hitam untuk beriktikaf di 10 malam terakhir ramadhan. Jubah hitam di mesjid che mat jusoh UMNO manakala pakwar di mesjid ibrahimi pasir puteh

Pakwar said...

soalan 1. mesjid manakah yang menggunakan pendekatan germando dalam majlis iftar

abgjan.com said...

Terima kasih atas ingatan. sy rasa Ramadhan kali ni tak berjaya diisi sebaiknnya. Semoga 10 hari terakhir ni akan diguna seafdalnya...

Yati Wahab said...

rupanya maklumat yang kita dapat sama..ok la tu..

tapi sayangnya saya sempat malam 21 je...org pompuan biasa la banyak ruginya banding lelaki...beraya awal la nampaknya...

harap2 sempat sembahyang raya jika tak tak merasala raya tahun ni...