Friday, October 2, 2009

Supervision


Pada minggu lepas SMKADG telah didatangi beberapa orang Nazir yang ingin mencerap ke atas guru-guru yang memohon untuk mendapat title "Guru Cemerlang". Berdasarkan maklumat yang didapati, pihak Nazir hanya datang sekali sahaja untuk mencerap guru-guru berkenaan. Wah! seronoknya, kalau PnP menjadi pada waktu berkenaan maka guru berkenaan akan mengalami kenaikan gred dan gaji yang amat tinggi. Betapa mudahnya kriteria pemilihan Guru Cemerlang sekarang ini. Sememangnya mengajar merupakan suatu bentuk seni. Banyak orang yang mampu mengajar tetapi bukan semua orang dapat mengajar dengan baik, menarik dan berkesan. Pengajar yang berkesan adalah pengajar yang mampu membuka peluang pembelajaran dalam diri pelajar secara ceria dan santai.

Sehubungan dengan itu antara perkara yang dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang ceria dan menyeronokkan dalam proses PnP ialah melalui penerapan unsur humor. Penggunaan unsur humor menjadikan PnP lebih menyeronokkan kerana humor mempengaruhi ingatan dan kecerdasan emosi.

Mudah-mudahan guru-guru yang mendapat title 'Guru Cemerlang" akan lebih hebat mengajar dan komitmen kepada sekolah berdasarkan hirarki gred yang tinggi daripada gred guru-guru biasa yang hanya menunggu masa untuk berpencen dengan selamat.

4 comments:

Pakwar said...

pakwar tidak sabar untuk mengikuti kursus daripada GC PJ yang baru di Pasir Puteh.

Yati Wahab said...

Sekolah saya ada sorang baru dapat GC Geog tapi dalam surat lantikan sbg GC math....kesian pihak Nazir...Lantikan adalah sesuatu yang sangat penting pun boleh silap...tapikan cikgu tu tak da sapa datang cerap pun...baru je mohon bulan lepas dah dapat surat lantikan...

entah le...mungkin adala tu sebab musababnya dak ya...

Dagang said...

Nak gi jumpa jugak bro nanti balik cuti..lama dah tak rasa gulai tulang di BKJ

abgjan.com said...

Sy yakin PnP Jubah Hitam tentu menarik. Kalau ada peluang nak masuk kelas tengok