Wednesday, November 11, 2009

Jamuan Akhir Tahun


Kelab Rantaian Kasih SMKADG telah mengadakan satu jamuan akhir tahun bertempat di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa di pulau duyung pada 10 November 2009. Semua guru dan Staf dijemput hadir. Antara acara menarik ialah acara cabutan bertuah.Disamping itu juga terdapat guru-guru yang begitu gembira sekali datang kerana dapat beberapa hadiah sempena pertukaran mereka. Walau bagaimanapun terdapat juga guru yang hiba dan pilu kerana permohonan mereka dibakul sampahkan oleh pihak atasan yang berkepentingan. Rakan-rakan yang tak dapat bertukar maka kuhadiahkan satu sajak untuk tatapan kalian dalam menelusuri liku-liku dunia pendidikan.

Seorang Guru Tua
Guruku yang baik
masih lagi mengajar
sedang aku kini sudah besar
dulu wajahnya muda
kini rambut memutih kepala
ada anak-anak muridnya
sudah menjadi menteri
ada anak-anak muridnya
kini memegang jawatan tinggi
tidak kurang pula
bergelar ushawan berjaya

Guruku yang baik
masih di situ
masih memandu kereta lama
masih menuju sekolah yang sama
tiada kelihatan jemu
dari air mukanya
tiada kedengaran bosan
dari suara bibirnya
dia gigih menggengamnya
tanggungjawab yang diamanahkan

Seorang guru tua
dia masih di situ
berdiri sebagai guru
menabur jasa-jasa
dialah pendidik bangsa!

GUNAWAN MAHMOOD.

4 comments:

Pakwar said...

sayang, guru muda asyik mengeluh untuk naik pangkat

Yati Wahab said...

kenapa semua blok tak appear post yang terkini ya....

Jubah hitam said...

Sajak tu kalau boleh reka sendiri...betul-betul luahan hati sendiri...hok orang punya biarlah...

Dagang said...

Sekarang ni soal pertukaran telus, tiada rezeki la nak buat mcm mana.ana alhamdulillah dpt tukaq kedah..