Saturday, November 28, 2009

Keropok Kolera


Kebiasaannya apabila tiba sahaja waktu cuti sekolah maka penduduk tempatan agak sukar untuk membeli keropok. Hal ini berlaku kerana begitu ramai pelancong dari luar Terengganu yang datang melawat ke destinasi yang menarik sambil singgah untuk membeli keropok. Namun begitu, sejak seminggu lepas JH mendapati kedai-kedai keropok ada yang ditutup, terdapat juga yang dibuka namun tiada pelanggan. Rupa-rupanya sebahagian keropok telah dijangkiti kuman kolera. Setelah heboh dalam media massa maka amat menakutkan golongan pengemar keropok untuk menikmatinya seperti biasa

Kementerian Kesihatan telah mengenalpasti beberapa punca yang menyebabkan berlakunya penularan penyakit taun di Terengganu, antaranya penggunaan ikan yang dicemari kuman 'Vibrio Cholera' untuk membuat keropok.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata keputusan makmal mendapati sampel ikan yang diambil daripada dua kilang keropok di negeri ini didapati positif terhadap kuman Vibrio Cholera, kemungkinan berpunca daripada ikan yang dicemari kuman itu yang dibawa masuk dari Thailand.

Walaupun segelintir keropok dicemari dengan kuman taun namun kesannya hampir keseluruhan kepada pengusaha keropok. Pengusaha keropok hanya mampu mengeluh dengan fenomena yang melanda ini, namun sejak akhir-akhir ini pula terdengar pengusaha keropok mahu mengambil tindakan undang-undang kepada Kementerian Kesihatan yang memberi kenyataan sebelum ini yang mengakibatkan kerugian besar kepada pengusaha keropok. Wajarkah tindakan undang-undang diambil?

6 comments:

Pakwar said...

Ambo cadangkan ditukarkan MB untuk hidupkan semula keropok lekor 744. MB yang sesuai ialah Ustaz Azhar Idrus. ko guane?

ARIN said...

tanpa keropok lekor hilanglah identiti tganu kite..guane gamok orang kite

Jubah hitam said...

Betul juga, tapi pengusaha keropok lekor juga menjual harga yang sama kepada orang tganu. Tidak ada keistimewaan apabila membabitkan duit

norhayatirahman said...

kawe kena g kursus kat KT 7 Dis ni. boleh pekena keropok yg tadok kolera le

Dagang said...

Ramai org luaq mcm cek ni, bla p tganu nak keropok yg goreng. dia takmau yg rebus sbb itu bukan keropok yg boleh mkn lagi.btui ka Jubah Hitam?

Jubah hitam said...

Bergantung kepada selera seseorang, hang tidak boleh buat generalisasi pada sesuatu yang belum tentu lagi buktinya.