Thursday, December 31, 2009

Analisis PMR

Berikut merupakan analisis ringkas pencapaian PMR 2009 SMKADG. Secara keseluruhannya meningkat iaitu seramai 18 calon mendapat 9A,37 calon 8A, 41 calon 7A dan 25 calon 6A.Pihak sekolah bercadang akan melipat gandakan lagi usaha ke arah keberkesanan pencapaian akademik pada tahun 2010 nanti, sesuai dengan visi sekolah "SMKADG Gemilang Tahun 2010". Pada tahun 2010 juga SMKADG telah dicadangkan oleh pihak Sektor Pendidikan Islam dan Moral Terengganu (SPINT) untuk dnilai oleh pihak KPM bagi mendapatkan title sekolah berprestasi tinggi.Nampaknya warga SMKADG tidak lagi boleh berada dalam zon selesa bagi merealisasikan matlamat berkenaan tercapai.

3 comments:

Pakwar said...

teruskan usaha kerana bunyi kabar , sekolah cemerlang sahaja akan diberi bonus tahunah iaitu 3 bulan gaji, 2 bulan gaji dan 1 bulan gaji atau tiada bulan mahupun dacing

Yati Wahab said...

tahniah kepada semua guru dan pengetua..

semua pihak kena bersatu untuk lebih cemerlang...

di dalam sesebuah sekolah yang cemerlang 95% akan diberikan 5% lagi tak akan dapat..bergantung kepada pengetua yang akan memilih siapa yang layak diberi bonus...

tapi jika kita berusaha sekolah yang lemah jika menunjukkan prestasi dan membuat lonjakan saujana juga akan diberi ganjaran...

kita kena berusaha yang menentukan rezeki ialah Allah..apa yang penting kita berkerja dengan terbaik untuk kecemerlangan dan masa depan murid..

norhayatirahman said...

SMKA Kuala Selangor dah dapat lonjakan saujana