
Bagi seorang kanak-kanak yang belum mengerti cabaran alam persekolahan sebenarnya begitu seronok untuk menjejakkan kakinya ke sekolah. Apatah lagi ibu-bapanya telah membuat persiapan awal dan rapi dengan membeli segala peralatan dan keperluan untuk ke sekolah. Begitu juga yang dialami oleh ketiga-tiga orang puteriku, malam menjelangnya persekolahan masing-masing tak dapat lelapkan mata kerana sepanjang cuti mereka berjaga lewat malam dengan membaca dan menonton TV. Malam menjelangnya persekolahan masing-masing tidur awal tapi kejap-kejap bangun untuk melihat jam. Alangkah hampanya mereka apabila didapati lambat lagi nak pagi sebab tak sabar untuk menyarungkan uniform sekolah yang baru. Begitulah anak-anak zaman sekarang, sudah hampir tiada lagi perasaan takut untuk datang ke sekolah.

Sesungguhnya murid begitu bersemangat untuk ke sekolah maka diharapkan para guru juga hendaklah bersungguh di dalam menyampaikan pengajarannya di sekolah agar dapat melahirkan modal insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.
3 comments:
Dulu p sekolah bw 3 kupang,la ni air segelas 5 kupang.
ya semuga guru2 semua mengajar yang terbaik sebagaimana mereka nak kita ajar anak2 mereka dengan terbaik..
masih teringat kata-kata datin dr asmah semasa seminar mingguan di ipk...you give and you get back what you give.
Post a Comment