Friday, January 15, 2010

Merentas Desa

Tepat 6.30 pagi JH telah mula berlari melalui Pantai Batu Buruk, Jalan Pusara, Jalan Kamarudin dan akhirnya ke kawasan kampung dekat dengan SMK Padang Negara kerana semalam tak boleh berlari disebabkan sedikit demam. Hasil larian ini adalah 10km lebih. Larian ini bertujuan untuk melatih bagi mengiringi pelajar-pelajar SMKA DG yang akan mula menjalani latihan merentas desa minggu depan. Roti telur satu, roti kosong dua beserta teh tarik dan air suam merupakan hadiah larian pada pagi ini.

4 comments:

Yati Wahab said...

cikgu yang fikirkan keselamatan murid dia lalu dulu jalan tu kut2 ada sesuatu yang merbahaya..sarang tebuan contohnya...

masih bolehh merentas desa...kami kat sini nama je tapi lalu kut taman2...

apa2 pun matlamat untuk mengenali budaya setempat sambil bersukan jika tidak entah bila kita nak berjalan2 kat sekeliling kampung..

nasidagang said...

Kaedah JH tu betul,jogging dlm 10 KM cukup utk membakar lemak2 terperap dlm badan. jika jogging 20 minit je,kita hanya dpt letih shj.

Pakwar said...

JH semakin fit nampaknya, selalu angka 8 jer , hari ni dah naik 10. Tahniah. Lebih baik berlari kat kampung daripada sekolah atau stadium, bangunan kat tganu takleh caya sangat.

norhayatirahman said...

selamat merentas desa