Wednesday, March 10, 2010

Majlis Temu Murni 2010


Kedatangan para pelajar bersama ibu bapa

SNKADG telah mengadakan majlis temu murni dengan ibu dan bapa pelajar pada 10 Mac 2010. Majlis ini bermatlamat mahu merapatkan lagi hubungan para guru dan ibu bapa pelajar.Para ibu dan bapa pelajar diberi penerangan tentang pencapaian TOV dan ETR pelajar. Disamping itu juga diberi penerangan tentang 27 program berkala yang akan dilaksanakan oleh warga kerja PMR SMKADG tidak termasuk kelas-kelas tambahan. Nampaknya para ibu dan bapa pelajar berpuas hati dengan program yang diterangkan kepada mereka dan prestasi anak-anak mereka. Selepas program Temu Murni berakhir maka dilaksanakan pula program Rakan Dinamik. Program Rakan Dinamik ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar yang cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran menjadi "guru muda" bagi membantu pelajar-pelajar lain dalam pelajaran. Para pelajar yang terlibat dalam program ini adalah daripada kalangan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan TOV PMR, SPM, dan STPM.



JH sedang memberi penerangan kepada salah seorang bapa pelajar



Pelajar yang terpilih sebagai "guru muda" dalam program Rakan Dinamik



Ikrar para pelajar PMR

4 comments:

Pakwar said...

tahniah JH, sekolah ambo, hok ditunggu tak mari, sampai bilapun tak selesai...

norhayatirahman said...

dah lama dok cari nama lain bagi guru muda utk program matesc..boleh amik idea nama rakan dinamik tu?

Jubah hitam said...

ambik le!

Yati Wahab said...

tahniah...

sekolah pencapaian tinggi kepercayaan ibu bapa juga tinggi...

sebaliknya bagi sekolah yang tidak mencapai kepercayaan ibubapa terhadap sekolah rendah yang ditunjukkan oleh sokongan dan kehadiran ibu bapa yang rendah..

teruskan kecemerlangan..