Thursday, April 30, 2009

Ganjaran Exam

Tanggal 29 April 2009 tamatlah exam untuk bakal-bakal Mprin di IPK. Sewbagai memberi ganjaran kepada otak yang berserabut memikirkan kaedah mempersembahkan jawapan maka malamnya bersama En Pakwar n En Nik bersama Dato' Hussen Tok Dad telah sama-sama memberi kerehatan minda menonton Teater Mahsuri di Istana Budaya. Sangat menakjubkan persembahan artis-artis teater berkenaan. Saya tidak pernah menonton teater dan tidak minat langsung akhirnya terpaut dengan persembahan teater berkenaan dan secara rasminya telah menjadi peminat teater. Berikut adalah sinopsis teater berkenaan :
Mahsuri gadis cantik kelahiran Langkawi. Dara pingitan Pandak Maya dan Mak Andam. Cantik jelitanya menjadi buah mulut dan kecemburuan terutamanya kaum wanita. Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Darus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wan Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura. Hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Darus keluar meninggalkan Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam. Sepeninggalan beliau, Mahsuri tinggal bersama ibu bapanya. Deramang, seorang kembara telah singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi dan ibu bapa Mahsuri, sehingga mempelawa Deramang tinggal di rumahnya. Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri melakukan hubungan sulit dengan Deramang. Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekermajaya setelah termakan hasutan isterinya. Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat untuk dijatuhkan hukuman. Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa. Sebelum matinya Mahsuri telah menyumpahi Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan. Wan Darus pulang dengan kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim meninggal Langkawi.Selamat Menonton!

2 comments:

Pakwar said...

Adakah Wan Darus anak atau adik kepada Datuk Karma jaya? Tapi itu semua tak penting , yang penting ialah ho ho ho ho ho ho ho ho

Yati Wahab said...

boleh la g uji bakat jadi wan darus....