Beberapa hari ini agak mengusarkan bagi menganalisis data yang diperolehi. Pelbagai masalah yang timbul apabila menganalisis data berkenaan. Buku Chua Yanpiaw sentiasa menjadi rujukan utama walaupun tuannya amat sukar untuk dihubungi kecuali hari bekerja bermula jam 10.30 pagi barulah seronok untuk "kontek-mengontek". Pagi ini blogger jubah hitam mahu menguji tahap kesihatan setelah makan secara tidak terkawal semenjak pulang ke rumah. Perut sentiasa kenyang sepanjang masa bahkan rasullullah pernah bersabda bahawa perut merupakan tempat punca penyakit. Jubah hitam telah memasuki pusat kesihatan pagi ini lalu memeriksa tahap gula dalam darah- keputusan ok (5.5) setelah berpuasa semalaman. Namun tekanan darah meningkat 170/104, pegawai yang memeriksa menyarankan pergi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Namun selagi tidak mendatangkan masalah jangan harap untuk ke hospital.Kemungkinan darah meningkat disebabkan terlalu banyak memikirkan kertas projek - pujuk hatiku!
7 comments:
Kok jadi macam tu...kesihatan kena jaga bro..cam no nak jadi pengetua super (cam superman)...
percuma aje beli alat kat semenyih.
Tahniah kat isteri pandai jaga suami...ya la bahagia suami ada itu yang lauk penuh meja....
lelaki memang cam tu ...nak tunggu pengsan baru kira sakit...
Take care..
jaga-jaga jangan sampai ada fibroid..encik jubah hitam
baik pergi hospital besok, nanti kalau rebah susah, keluarga pun susah, anak2 lagi susah tau
hai..bahaya tu. Jangan terlalu ikutkan perasaan pabila makan tu. Ingat diri kita ni nak pakai lama. So kawal sikit pemakanan tu ye barulah boleh jadi pengetua yang segak dan berketrampilan. Agaknyalah..
Semoga En. Jubah Hitam sentiasa sihat walafiat.
Post a Comment