Friday, May 15, 2009

Syabas Warga Cikgu


Setiap orang pasti tahu dan pernah melalui tarikh 16 Mei kerana pada tarikh tersebut sambutan Hari Guru akan diadakan. Tarikh 16 Mei ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Pada tanggal 16 Mei setiap tahun negara akan menyambut perayaan Hari Guru bagi menghargai jasa serta kesungguhan guru yang telah memerah keringat berjuang membentuk generasi yang berilmu.
Meminjam kata-kata sasterawan dan seniman agung Usman Awang dalam karyanya :
"Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja yang menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa"
Betapa hebat serta mulia tugas dan tanggungjawab seorang guru yang mampu membentuk perwatakan serta keperibadian seseorang itu. Syabas kepada sahabatku yang telah memilih profesion perguruan ini. "What is the best present for a dedicated teacher like you? Its your magical touch that makes your students successful"!Selamat Hari Guru

5 comments:

Vivian Woo said...

En. Jubah Hitam
"Selamat Hari Guru"

Yati Wahab said...

Selamat hari guru kepada semau guru terdahulu yang telah berjaya memperjuangkan dan memartabatkan kerjaya guru....tahniah juga untuk kita yang masih sedia menyambungkan usaha dan keringat mereka terdahulu dalam mendidik anak bangsa..

Pakwar said...

cikgu: The Unsung Heroes

cikguparizan said...

Kalungan Tahniah buat semua guru atas sumbangan membentuk negara bangsa. Alangkah cantiknya kalau semua guru memperoleh anugerah "magical touch" tersebut .....

Vivian Woo said...

En Jubah Hitam
TQ Harap belajar lagu tersebut dan berduet dengan Pak War nanti