Tuesday, May 12, 2009

UM TERHEBAT



KUALA LUMPUR 11 Mei - Universiti Malaya (UM) mendahului empat universiti tempatan yang lain dalam senarai 100 Universiti Terbaik Asia, kedudukan serantau pertama yang dikeluarkan oleh The Times Higher Education (THE)-Quacquarelli Symonds (QS).
UM menduduki ranking ke-38 sementara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di ranking ke-51, Universiti Sains Malaysia (USM) di kedudukan ke-69, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di kedudukan ke-82 dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di kedudukan ke-90.
Pengarah Urusan QS, Nunzio Quacquarelli berkata, keputusan yang dikeluarkan oleh QS.com Asian University Rankings, adalah berdasarkan ukuran kecemerlangan serantau sesebuah universiti.
''Universiti yang berprestasi cemerlang ditentukan bukan sahaja berdasarkan kualiti tetapi juga produktiviti kajian mereka, berbanding universiti serantau yang lain,'' katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, universiti di Malaysia mempunyai prestasi yang baik, dengan jumlah pelajar antarabangsa dan fakulti yang banyak, menjadikan Malaysia tarikan pelajar antarabangsa.
Tiga universiti di Hong Kong menduduki lima tangga terbaik dengan University of Hong Kong mengungguli ranking pertama, diikuti Chinese University of Hong Kong di ranking ke-2 dan Hong Kong University of Science and Technology di ranking ke-4.
University of Tokyo dan Kyoto University di Jepun, masing-masing menduduki ranking ke-4 dan ke-5.
QS merupakan pakar maklumat unggul dunia dalam bidang pengajian tinggi yang mempunyai pejabat di London, Paris, Singapura, Tokyo, Shanghai, Sydney, Johannesburg, Boston dan Washington DC. - BERNAMA

3 comments:

Pakwar said...

tahniah abang ganteng kerana pernah menjadi pelajar UM

syahrulnizam said...

Bagi petunjuk (indicator) Student/Faculty Ratio:

http://www.syahrulnizam.com/2009/05/universiti-malaysia-sarawak-unimas-di.html

cikguparizan said...

Tahniah UM. Juga student2 UM yang sudah pasti hebat juga. Teruskan kecemerlangan.

http://cheparizanayob.blogspot.com